Mesej

Assalamualaikum dan salam sejahtera…

Ini kiranya kali pertama saya menulis entri di sini. Sebelum ini cukup sekadar sesi percubaan semata-mata.

Kenapa saya buat weblog yang baru? Oh.. sebenarnya bukan kerana weblog yang lama tidak cukup bagus, tetapi barangkali saya inginkan pembaharuan di sini. Sebenarnya ini kali kedua saya mendaftar di sini. Cuma pada kali ini sahaja saya benar-benar merealisasikannya.

Benar, setiap perkara yang baru ada pro dan kontranya. Sudah tentu ada yang kurang bila dibandingkan antara weblog ini dengan yang lama. Sebagaimana yang saya selalu katakan pada teman baik saya bila dia berada dalam dilema; saya juga akan menyatakannya di sini. Setiap pembaharuan ada pro dan kontranya. Senaraikan kesemua yang kita fikirkan dan pilihlah yang mana kita lebih selesa.

Saya berharap dengan adanya weblog ini, hubungan persahabatan antara saya dan sahabat masih seperti dulu dan semoga ianya juga akan terus berkembang dengan baik. Terima kasih pada kalian yang masih sudi menjengah blog saya dan juga buat teman yang baru tiba di perkarangan ini, jangan segan-silu untuk menikmati apa yang terhidang dan semoga kalian akan teruja untuk kembali semula.

Apa pun, saya masih ingin menjelaskan beberapa perkara berkenaan laman ini buat panduan kalian.

  1. Album Gambar : Saya paparkan koleksi yang saya rasakan menarik dan ia juga menggantikan ‘cetusan ilustrasi’ yang saya anggap sebagai album gambar saya sebelum ini.
  2. E-Novel : Koleksi segala bentuk karya saya yang boleh diterjemahkan sebagai novel dan cerpen untuk tatapan pembaca.
  3. Karya Insani : Entri-entri berbentuk cerita yang mana isinya diambil daripada entri sebelum ini.
  4. Komersial : Ruangan untuk pengiklanan
  5. Ruang Tamu : Berperanan sebagai buku tetamu (guess book), kotak jerit (shoutbox) dan lain-lain lagi.
  6. Rujukan dan Penerbitan : Laman-Laman penting bagi saya sebagai panduan.
  7. Senarai Pautan : Senarai link sahabat-sahabat saya dan pengunjung yang berminat untuk menyertainya.
  8. Serpihan Diri : Biodata tentang diri saya.

Sekian dahulu buat kali ini. Semoga kita akan bertemu lagi di lain masa.

Terima Kasih.

-Nieys Zahri-

Advertisements
Dikirim dalam Umum. 9 Comments »

9 Respons to “Mesej”

  1. BP Says:

    Tahniah….Selamat berpindah ke rumah baru…

    Saya masih mengekalkan kedua-dua blog. Selain blogspot yang satu lagi itu juga menggunakan worspress.

  2. nieys Says:

    tu la.. cukup sayang hendak meninggalkan blog yang lama.. namun, ada kalanya pembaharuan itu perlu jika ia dilihat lebih baik.. πŸ™‚
    saya dah delete beberapa blog yang lama kecuali cetusan inspirasiku yang rasanya begitu nostalgik.. πŸ™‚

    anyway, thanks kerana singgah.. πŸ™‚

  3. Sunan_Jati Says:

    hai.. wah ader umah baru la yer hehehehhe

  4. nieys Says:

    yer Sunan..kadang-kadang kita akan berpindah bila terpaksa, suka ataupun memang kita sengaja beli rumah yang lain.. hehe.. πŸ˜€

  5. nagacute Says:

    hai nieys.. salam raya… maaf 0-0 yek.. rasanya lagu ni yg iklan petronas tu kn? sy pn suka lagu ni… nnt kalo sy dh jmpa mp3 nya sy share ngn nieys k.. πŸ˜‰

  6. ryan2zing Says:

    Askm, biarkan je le yg lama tu stay sampai bila2.. kira dah bagus dah web blog lama tu..

  7. nieys Says:

    nagacute >> rasanya mira takde buat salah apa-apa pun.. samalah kita.. 0-0.. mula dari awal.. πŸ™‚

    ryan2zing >> Waalaikumsalam.. itulah… rasa sayang nak delete.. mungkin biar dulu kot.. sampai rasa bosan.. muahahahha.. actually Punk, blh transfer semua entri dari sana ke sini.. tapi blm nak buat lagi.. πŸ™‚

  8. Tiara Says:

    Nieys, naper pindah umah..nampak tenang umah baru nih..mana tupat,lomang,rendang,kuih ry, air sirap..lapor ni..

    err duit raya ada??

    hehehee

  9. nieys Says:

    Tiara >>
    Saja.. nampak macam best je.. maklumlah, blh buat banyak page.. hehehe.. πŸ˜€
    duit raya? ish.. ish.. apa kata wat tradisi baru.. datang la umah kita.. bawak duit raya sekali yer.. muahahaha….


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: