Air

air

Credit to : talbottoms

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Begitu banyak cerita tentang air. Air.. dari dulu sampai sekarang, kita memang sukakan dan perlukan air. Kalau tak ada air, rasa hidup macam susah sangat…

Ada orang kata rakyat kita suka sangat membazir. Barangkali benar..kadang-kadang kita bukan berniat hendak membazir. Secara tidak sedar, kita telah pun membazir.

Orang Arab bila datang ke negara kita, tak sudah-sudah mengagumi replika air terjun buatan manusia.. Orang Afrika menangis bila melihat rakyat kita basuh kereta.. Baca baki entri ini »

Dikirim dalam Umum. 10 Comments »

Nyanyian

Assalamualaikum dan Salam sejahtera,

Semalam saya paparkan lirik lagu Ebiet G Ade. Rupanya ramai juga yang sukakan lagu ni. Tambahan lagi bila digabungkan dengan drama dari iklan Petronas tu.

Ada satu lagu nyanyian Zubir Ali. Kalau tak silap saya, tajuknya “Balada si Anak Kecil”. Liriknya mengisahkan anak kecil yang terperangkap dalam pergolakan di Lubnan. Amat menyentuh perasaan. Pertama kali saya mendengarnya ketika promosi album di MHI TV3. Hairan, lagu-lagu seperti ini jarang sekali kedengaran di corong radio. Kalau ada pun.. barangkali di radio-radio yang jarang kita dengar.. sebab ada sekali tu saya terdengar di radio Sinar.FM ketika saya dalam perjalanan pulang ke Shah Alam.. Kiranya, hanya dua kali sahaja saya mendengarnya.

Tujuan saya tulis entri ini sebenarnya bukanlah hendak mengutuk sesiapa. Bukan juga hendak mengata media kita yang jarang-jarang memutarkan lagu-lagu yang ‘indah’ sebegini. Saya sebenarnya inginkan pendapat kawan-kawan. Kiranya kita dapat berkongsi lagu-lagu lain yang irama dan liriknya yang indah seperti ini.

Teringin hendak mencari MP3 lagu-lagu ini..

Dikirim dalam bait indah, TV, Umum. 6 Comments »