Air

air

Credit to : talbottoms

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Begitu banyak cerita tentang air. Air.. dari dulu sampai sekarang, kita memang sukakan dan perlukan air. Kalau tak ada air, rasa hidup macam susah sangat…

Ada orang kata rakyat kita suka sangat membazir. Barangkali benar..kadang-kadang kita bukan berniat hendak membazir. Secara tidak sedar, kita telah pun membazir.

Orang Arab bila datang ke negara kita, tak sudah-sudah mengagumi replika air terjun buatan manusia.. Orang Afrika menangis bila melihat rakyat kita basuh kereta..

Ada orang kata, mereka sanggup terputus bekalan elektrik selama beberapa hari berbanding jika terputus bekalan air. Susahnya… bila tak ada air. Krisis bekalan air buatkan kita cepat naik darah.. Susahnya.. Sebab itulah, bila marah, elok jika kita basahkan diri kita dengan air..

Sewaktu tinggal di Felda dulu, saya dan keluarga dah terlalu biasa menghadapi krisis air. Bukan hendak kata yang kami dah tak hairan bila tak ada air. Kami bukan hairan.. tetapi kami juga macam orang lain.. tetap rasa terbeban bila tak ada air. Tiga bulan di Jengka 21, kami hanya mandi air telaga empat segi di belakang rumah. Ya.. waktu itu saya masih kecil. Namun, barangkali kiranya kami masih beruntung kerana punya telaga jika dibandingkan dengan orang lain yang terpaksa menggunakan air mineral untuk membuang air.

Kakak ipar saya teringin sangat anak perempuan ketika dia mengandungkan anak buah saya yang kedua. Jadi, dia begitu rajin ketika itu. Iyalah.. ada orang kata, anak ikut sikap ibu ketika mengandungkannya. Waktu panas terik pun, dia sanggup basuh pinggan sendirian tanpa dibantu sesiapa. Dia tidak mahu sesiapa pun membantunya. Itu kata adik saya.

Benar, anak buah saya cukup sukakan air. Dia lahir sebagai seorang lelaki dan dia amat cintakan air.. Bila pulang ke kampung, dia akan selalu kata, “nak kencing”.. Tidak kisah di mana pun dia boleh melepaskan hajat.. di tandas, mahupun di luar rumah.. berhampiran pintu belakang.

Asalkan sahaja dia dapat berpakaian kosong..dan senyap-senyap membuka paip di luar. Dan.. selalu juga dia demam bila pulang ke kampung kerana terlalu banyak main air. Kereta Atuk juga selalu dibasuh dengan air paip.

Semoga bila dia sudah besar, dia akan menjadi seorang anak yang rajin menolong ibunya membasuh pinggan.. Muahahahaha…

Air. Saya memang suka cerita banyak hal dalam satu masa. Tapi topik saya masih satu. Air.. air dan air..

-Nieys Zahri-

Advertisements
Dikirim dalam Umum. 10 Comments »

10 Respons to “Air”

  1. ayaq masak Says:

    Hehehe beta pun suka main ayaq. Besaq besaq pun dok main ayaq lagi kakakkaa.

  2. nieys Says:

    patut la nama pun ayaq masak.. hehehe.. 😀

  3. nagacute Says:

    cantik pic.. kt tepi tasik ke? sp tangkap?

  4. nieys Says:

    mira >>
    cilok orang punya la.. muahahah.. klik kat tuan punya gambar tu.. cantik2 gambarnya.. 🙂

  5. mazudi Says:

    Air? Teringat kat bil air la. Lama dah tak gi bayar nih.

  6. nieys Says:

    mazudi >>
    baik pi bayar cepat2.. hehe..

  7. 13may Says:

    prefer tadak letrik dari tadak ayaq….tapi sib baik ada ayaqmasak…hehehehe….

  8. nieys Says:

    13may >>
    ada ayaq masak.. blh buat air sirap ke.. teh ke.. muahahahha… 😀

  9. retna Says:

    Selamat HAri Raya… salam kenalan juga 😉

  10. nieys Says:

    retna >>
    hai..terima kasih kerana datang.. sudi-sudikanlah datang lagi.. 🙂


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


»
%d bloggers like this: