Nyanyian

Assalamualaikum dan Salam sejahtera,

Semalam saya paparkan lirik lagu Ebiet G Ade. Rupanya ramai juga yang sukakan lagu ni. Tambahan lagi bila digabungkan dengan drama dari iklan Petronas tu.

Ada satu lagu nyanyian Zubir Ali. Kalau tak silap saya, tajuknya “Balada si Anak Kecil”. Liriknya mengisahkan anak kecil yang terperangkap dalam pergolakan di Lubnan. Amat menyentuh perasaan. Pertama kali saya mendengarnya ketika promosi album di MHI TV3. Hairan, lagu-lagu seperti ini jarang sekali kedengaran di corong radio. Kalau ada pun.. barangkali di radio-radio yang jarang kita dengar.. sebab ada sekali tu saya terdengar di radio Sinar.FM ketika saya dalam perjalanan pulang ke Shah Alam.. Kiranya, hanya dua kali sahaja saya mendengarnya.

Tujuan saya tulis entri ini sebenarnya bukanlah hendak mengutuk sesiapa. Bukan juga hendak mengata media kita yang jarang-jarang memutarkan lagu-lagu yang ‘indah’ sebegini. Saya sebenarnya inginkan pendapat kawan-kawan. Kiranya kita dapat berkongsi lagu-lagu lain yang irama dan liriknya yang indah seperti ini.

Teringin hendak mencari MP3 lagu-lagu ini..

Advertisements
Dikirim dalam bait indah, TV, Umum. 6 Comments »

6 Respons to “Nyanyian”

  1. Abang Long Says:

    salam hormat dan salam sejahtera buat nieys dan hubby. hari ini macam hari biasa, tak ada apa yang menarik atau menyedihkan, cuma terkenangkan bila kita akan bertemu, maksudnya, pertemuan abang long bersama – sama rakan dalam Kelab dan nieys serta famili, maksud lebih jauh adalah, bila nieys nak buat open house ?, tak perlulah nak buat apa – apa, cuma berkunjung ke rumah sahabat yang baru dikenali, tapi kalau nak buat jamuan, lagi cepat kami sampai ….hehehehehe

  2. nieys Says:

    Abang Long >> open house.. muahahaha… seperti yang ditegaskan sebelum ini.. teramatlah segannnnnya..

    janganlah sedih Abang Long, insyaALLAH.. suatu hari dan suatu ketika akan ketemu juga kita.. ewah.. šŸ˜€

  3. ryan2zing Says:

    elo..lagu tu aku selalu dgr le dulu, masa time lubnan kena attack tu selalu kuar, boleh kata selalu gak, sehari lebih 4 kali. kat sinar fm & era.. skrg ni dah jarang le..masa tu aku igt lagu Dahlan Zainuddin.. hehe..yele, iramanya mcm ala2 lagu dahlan zainuddin tu: ‘balada seorg seniman’..
    sekrg ni plak sinar & era suka pasang lagu jgn cepat marah si aznil tu.. perli gomen nampaknya era ni skrg.. hehe

  4. nieys Says:

    yer ke..tu le.. aku jarang dengar radio masa tu.. maklum la.. dalam bulan puasa kan.. muahahahha…

  5. sherrina Says:

    MP3 lagu Zubir Ali tu saya ada. Email saya jika nak. dalam bentuk realmedia pun ada. Lagu tu slalu dimainkan di Sinar.fm, stesen radio kegemaran saya. Salam drpd ex-terendakian šŸ™‚

    p/s: u batch bila?

  6. nieys Says:

    hai sherrina… ada ya? tekiu tekiu.. salam terendakian.. šŸ™‚


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


»
%d bloggers like this: