Jumpa

buku-backgd.JPG

Betullah tu. Saya baru saja buat entri tentang perihal jumpa. Hari ini juga. Dan saya buat lagi entri yang baru. Masih berkisar tentang hal jumpa.

Tadi saya nak hantar adik perempuan saya ke stesen komuter Shah Alam. Ewah.. detailnya. Hurm.. sebenarnya adik saya belajar di Uitm cawangan PJ. Setahu saya, adik saya ni masih single. Saya selalu tanya dia.. bila dia nak ada boyfriend. Dan dia selalu kata, dia tak minat dengan budak medic. Dia nak kahwin dengan cikgu supaya senang jaga anak.. Muahaha.. tinggi sungguh imaginasi. Yer ke suami cikgu pandai jaga anak? Abang saya pun cikgu juga.. Tapi cikgu sekolah Tamil. Iya.. betul ni. Saya tak tipu. Dia mengajar Bahasa Melayu di SRJK Tamil di Benta. Ingat lagi.. dulu dia belajar di Bangsar.. Selalu juga dia datang ke rumah saya di Shah Alam yang berhampiranlah dengan Sekolah Tamil. Saya selalu kata padanya supaya dia minta praktikal di situ. Senang sikit.. boleh duduk di rumah saya. Dan dia dengan penuh berlagak mengatakan, “Tak main la..”

Makin panjang pula saya bercerita perihal adik beradik saya. Beginilah.. saya ajak adik saya cuci kereta di Makro. Biasalah.. saya malas nak cuci kereta. Tak kuasa.. dalam masa lima tahun, sekali je saya pernah cuci sendiri kereta saya dan sejak itu saya berazam supaya saya tidak mencucinya lagi.. Muahahah..

OK.. OK.. Habis cuci kereta. Saya ke Giant Shah Alam. Tempat kegilaan saya adalah kedai buku. Walaupun saya bukan kaki buku sangat tapi saya suka bila tengok buku. Muahahah… Disebabkan saya tahu adik saya ni cukup tak suka temankan saya ke kedai buku, jadi sekejap sajalah saya di MPH tu. Sebelum tu, kami terjumpa Elyana. Dia masuk kedai CD. Cute juga. Saya fikir dia ni tak adalah putih sangat. Tapi.. orait la.. rasanya dia cute la macam kat dalam majalah. Saya suruh adik saya ambil gambar dengan dia.. adik saya kata, “tak naklah! Tak minat dan tak kuasa.. ” Muahaha.. Saya minat kat dia ke? Takdelah kot.. sebelum ni pun saya pernah jumpa Rosyam Nor, Anuar Zain.. dan entah siapa lagi.. tapi tak teringin pun nak bergambar.. Muahaha..

Siapalah mereka di mata kita.. Kalau jumpa Tun Dr M, terujalah juga saya nak bergambar. Dulu masa dia datang ke sekolah saya.. saya rasa tersangatlah sedih sebab tak dapat jumpa dia dari jarak dekat. Apatah lagi bila senior saya tak sudah-sudah bangga bercerita pengalamannya beberapa jam yang lepas bila dapat bergambar dan bersalaman dengan Bekas Pemimpin itu.Β  Tapi, amat mustahil untuk bersua dengan beliau di Giant Hypermarket Shah Alam, kan?

Saya beritahu adik saya, janganlah nanti saya berjumpa dengan bekas teman sepejabat dulu. Apatah lagi, di tengahari Jumaat yang mulia ini. Saya tahu benar, apa yang akan mereka perkatakan bila berjumpa saya.. dan saya.. amatlah malas hendak mendengar ayat-ayat itu..

Mujur benar. Saya tidak terjumpa mana-mana pun dari mereka. Selepas saya tinggalkan adik saya di stesen, saya pulang ke rumah. Terselit sekeping nota putih yang agak kusam dengan tulisan dari pensil.

Ya.. itu nota dari Kak Apid. Dialah satu-satunya kawan baik saya waktu di tempat kerja dulu. Dan saya amat rapat dengan anak-anaknya sejak saya masih bujang lagi. Katanya dia datang untuk melawat saya. Tapi saya tak ada..

Nasib baik juga saya keluar. Maklumlah.. Rumah saya belum cukup kemas lagi untuk menerima kehadiran tetamu. Muahahaha…

Itulah. Lain kali, telefonlah dulu sebelum nak jumpa.

Advertisements
Dikirim dalam dairi hidup, Umum. 9 Comments »

9 Respons to “Jumpa”

  1. kak Yus Says:

    Baru sempat melawat ke rumah baru nieys ni. Dah banyak entri rupanya. Rumah lama akan berkubur ker??

  2. nieys Says:

    Kak Yus>>

    Terfikir juga nak dikuburkan sebagaimana cetusan ilustrasi yang jadi album gambar Nieys sebelum ni.. tapi, ada orang kata sayang kalau terkubur.. jadi rasanya belum lagi kot buat masa ni..
    mungkin nanti bila dah bersedia nak transfer semua file dari sana ke rumah sini kot.. sebab kat sini kita blh bawak semua n3 dan komen dari blogger.. tunggu masa yang sesuai.. barangkali bila semua kengkawan dah selesa kat rumah baru ni.. πŸ™‚

  3. neeziee Says:

    Aku pun single jua.ahaks

  4. nieys Says:

    neeziee >>

    single.. hangat tu.. muahahahha… *gurau je..

  5. 13may Says:

    Elyana tu sapa??? yg mana ni??? Tak perasan laa….

  6. eymanhykal Says:

    Nieys… saya dah beri pandangan mengenai penulisan. Sila ke forum saya, ya? Nieys boleh juga tambah soalan mahupun menambah pendapat di forum itu.

    Oh, ya. Ngapa tiada Cbox kat laman Nieys? Mungkin utk tinggalkan nota spt ini.

  7. nieys Says:

    13may >>

    siapa erk elyana tu? ala.. salah seorang artis remaja je..

    eymanhykal >>

    OK. saya nak masuk lah ni.. memang tak boleh buat shoutbox kat sini. Saya cuma sediakan ruang tamu je untuk kawan2 tinggalkan msg. Saya ada letak note kat bahagian tepi tu.. πŸ™‚

  8. cikguonline Says:

    Aik neeziee pun ada lepak kat sini jugak. Bukan semua cikgu pandai jaga anak πŸ˜‰

  9. nieys Says:

    cikguonline >>

    cikgu yang satu ni macam mana pulak..? hehe.. πŸ˜€
    selamat datang cikgu.. πŸ™‚


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: