Jumpa

hijau-kawen.JPG

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera…

Beberapa hari lepas saya ada membaca tentang kisah kecilnya dunia, nukilan Kak Ayu. Ceritanya berkenaan kecilnya dunia ni.

Benar, kadangkala kita akan rasa dunia ini terlalu kecil bila kita jumpa orang yang ada kena mengena dengan kita secara tak sengaja. Kadangkala juga kita akan rasa dunia ini terlalu besar.. kenapalah kita tak jumpa-jumpa kawan yang kita janji nak jumpa di stesen bas.

Waktu saya di UTM dulu, saya berkawan rapat dengan empat lagi sahabat di kelas yang sama. Dila, Aini, Lya dan Noly. Kami terpisah bila musim pengajian berakhir kira-kira enam tahun yang lalu.

Sewaktu saya baru bertunang dengan suami saya sekarang, saya memperkenalkan dia dengan Dila. Dila ada memberitahu saya, dia seakan pernah melihat wajah suami saya di suatu tempat atau lebih tepat lagi, “aku rasa familiar je muka dia..”

Selang beberapa minit kemudian, dia memberitahu saya, “Iyalah.. aku kenal. Dia dulu senior aku kat sekolah Khir Johari. Dia pengawas.. pergi sekolah bawak basikal hitam..”

“Kenapalah kau nak kahwin dengan kawan aku.. Tak ada orang lain ke? Muahahah…” Kata Dila lagi.

Di majlis pernikahan saya; kira-kira tiga tahun yang lalu, Noly hadir bersama suaminya yang baru dinikahi dua bulan terdahulu dari saya. Hanya Tuhan sahaja yang tahu betapa gembiranya saya dengan kehadirannya. Maklumlah.. sudah lama tidak bersua tambahan lagi agak sukar untuk teman hadir di majlis saya yang ketika itu diadakan di Kelantan.

“Eh.. Apa kau buat kat sini?”

“Aku kahwin hari ni.. Kau buat apa pulak??”

“Aku ikut orang rumah aku. Kawan baik dia kahwin hari ni.. La.. kau ke yang kahwin dengan kawan baik tu?”

Itulah lebih kurang perbualan antara suami saya dengan suami Noly ketika kami baru sahaja ingin melangkah ke dalam rumah. Tak sangka, kan? Rupanya suami saya berkawan dengan suami Noly.

Itulah dunia. Bila kita tak cari selalunya mudah pula terjumpa secara tak sengaja. Itu belum masuk cerita yang lain-lain lagi. Adakah pertemuan tidak sengaja itu jauh lebih bermakna jika dibandingkan dengan pertemuan yang dirancang?

Terimbas kembali kata-kata Dila ketika kami masih di UTM, “Aku rasa macam kita ni akan saling berkait je bila dah kawin nanti..”

Dan keesokan harinya, suami saya terserempak dengan kawan lama ketika sedang membeli colek perut di Pekan Tanah Merah.

“Kau buat apa kat sini?”

“Aku memang duduk sini.. Kau pulak buat apa?”

“Aku kahwin dengan orang kat sini..”

“Ye la tu..? Betul ke? Bila?”

“Semalam..”

Muahahaha…Dan saya rasa itulah pertemuannya yang terakhir dengan kawannya itu.

-Nieys Zahri-

Advertisements
Dikirim dalam Umum. 9 Comments »

9 Respons to “Jumpa”

  1. mazudi Says:

    Yer la. Terasa keciknyer dunia.
    Dengan adanya teknologi komunikasi yang terkini ni, lagi la terasa mengecilnya dunia.

  2. cherry Says:

    muahahahha….

    akhirnya….

  3. nieys Says:

    mazudi >>
    kecilkan…? tapi masih ada orang yang tak dapat jemput ayah sendiri ke majlis pertunangan kerana telefon rosak.. huhu..

    cherry >>
    muahahahha… akhirnya baru nampak cherry kat sini.. dah habis musim berpantang ke? janji-janji pulak dengan komen dari mazudi.. πŸ™‚

  4. 13may Says:

    hehhe…tapi saya ada masalah….selalunya saya lupa nama kawan2…especially yg dah tak jumpa lebih dari 3 tahun…tapi depa masih ingat lagi nama saya..tapi saya cam muka depa sgt2….

    pastu borak2…hang aku hang aku hang aku lebih kurang….pastu saya akan tanya:
    “errr…minta maaf…aku betoi2 lupa nama hang…tapi muka aku ingat…”
    hahahha…kena maki ler lepas tuh….

  5. nieys Says:

    13may >>
    biasanya kalau tak rapat sangat selalu macam tu.. πŸ™‚ saya pun pernah kena.. terlupa nama kawan sendiri..

  6. ryan2zing Says:

    nostalgia sungguh.. nostalgia..nostalgia..

  7. nieys Says:

    ryan2zing >>

    apa yang nostalgia tu.. adakah nostalgia empat sekawan yang naik kereta selama berbelas jam?
    muahahahha… πŸ˜€

  8. kakLuna Says:

    salam Nieys..

    1st time singgah sini..
    ahaks..memang kecik dunia..
    tui dak 13may??heheh

  9. nieys Says:

    hai Kak Luna.. apa khabar? terima kasih kerana singgah di sini.. πŸ™‚


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

«

»
%d bloggers like this: