Harapan Pembaca

buku.JPG

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

——————————————–

Soalannya ialah, apa yang diingini oleh seseorang pembaca daripada karya-karya yang dibaca? Tentu bahan bacaan di sini ialah karya fiksyen. Bagi pendapat saya, jawapan yang simple ialah dengan bertanya diri kita sendiri soalan itu. Mengapa kita memilih sesebuah buku itu, tidak kira samada penulis itu terkenal ataupun tidak.

Kita membeli sesebuah karya kerana kita hendak baca cerita yang menarik hati berdasarkan tanggapan terhadap kulit depan buku dan juga sinopsis di belakangnya. Jika kita belum kenal dengan penulis itu, kita saja-saja hendak baca ceritanya dengan harapan cerita itu dapat menghiburkan. Sebaliknya jika kita sudah kenal dengan hasil karya seseorang penulis itu, kita tentu sudah punyai tanggapan bahawa buku yang dipilih sesedap buku-buku karyanya sebelum ini.
Saya gunakan istilah menghibur dalam maksud yang lebih luas dan mendalam. Menghiburkan dalam konteks ini bukannya bahan bacaan untuk suka-suka. Setelah membaca, kita terus lupakan buku itu seperti mana kita menghiburkan hati dengan mendengar lagu tanpa peduli maksud senikatanya.

Menghiburkan di sini bermaksud membuatkan diri rasa gembira, bahagia, senang hati, puas, rasa masa terisi dengan apa yang dibaca meskipun persoalan di dalam cerita itu berat-berat mahupun bahasa yang digarap di dalam cerita itu bombastik.

Bukan cerita yang simple sahaja yang digemari orang. Cerita yang berat-berat pun diminati. Contohnya, kalau seseorang hendak menghiburkan hati secara simple, dia akan pergi berjalan-jalan, makan-makan dan lepak-lepak. Tetapi ada orang yang menghiburkan hatinya dengan mendaki gunung, seronok tidur di dalam hujan kerana khemah tumbang ditiup angin ataupun tubuh calar balar kerana tergelongsor ke bawah bukit.

Maksud saya di sini ialah, di kalangan masyarakat akan terdapat pelbagai golongan manusia. Penulis adalah tergolong dalam sekumpulan manusia yang punyai citarasa dan psiko yang serupa. Hasil tulisannya akan diminati oleh golongan yang sama citarasa dengannya. Maknanya, pasti karyanya akan diminati oleh sekelompok manusia. (Soal laris atau sebaliknya bergantung kepada faktor pemasaran).

Jadi kesimpulannya, tulislah apa yang kita tahu, bukannya apa yang pembaca mahu. Yang lebih penting dari itu ialah konsisten. Menulis dan terus menulis sehingga pembaca yang tak kenalkan kita akan cuba hendak tahu apa yang ditulis. Mungkin dia akan berminat dengan karya kita.

Ada juga pembaca yang suka dengan karya seseorang kerana ramai orang lain kata karyanya bagus. Bila dia mula baca, dia pun kata karya itu bagus kerana ramai orang cakap begitu. Kalau dia kata cerita itu tak bagus, nanti orang lain akan kutuk dia. Akhirnya karya penulis itu dibeli dan dibaca dan dikata bagus kerana mob psychology. Ini bonus bagi penulis. Beruntunglah sesiapa yang sudah memasuki dimensi ini. Very Happy

Credit to : eymanhykal forum

-Nieys Zahri-

Advertisements

12 Respons to “Harapan Pembaca”

  1. nieys Says:

    Terima Kasih kepada novelis eymanhykal kerana berkongsi pandangan.. 🙂

  2. Mr. Photogenic Says:

    Memang betul, Pixie kalau beli novel, and then ceritanya melalut, takkan dapat habiskan..
    Lepastu Pixie rasa menyesal kalau beli…

  3. nieys Says:

    Mr Photogenic >>

    Hai Pixie… kadang2 benda macam tu yang buat Nieys jadi takut bila nak menulis.. hurmm…tapi kadang2 rasa teruja sangat.. 🙂

    Pixie ni dari AMNet yer? Selamat datang ke sini.. 🙂

  4. Mr. Photogenic Says:

    Ohh.., mana Nieys tahu? Oh..mestilah satu jer Pixie kat mesia yg minat siti..ermm..Nieys menulis under publisher mana?? Pixie baca novel separuh beli sendiri, separuh lagi mak punya..Mak Pixie pun mintak bantuan kawan yang penggemar novel. Kalau ada novel sedap, baru kawan mak Pixie kasik tau..Pastu baru mak beli..

  5. nieys Says:

    Mr Photogenic >>

    Pixie, dulu Nieys selalu lepak kat AMNet tu..ingat tak pada ID Cronic? hehehe.. 😀 Mungkin dah lupa kot.. sebab dah lama tak aktif lagi..

    Novel kanak-kanak tu semuanya keluaran Info-Didik. Novel dewasa/remaja.. insyaALLAH.. 🙂

  6. Mr. Photogenic Says:

    Semoga sukses yerk!!

  7. najmy Says:

    hoho aku beli nengok author dier..mememeheh

  8. nieys Says:

    Mr Photogenic >>
    InsyaALLAH. Semoga doamu menjadi azimat.. 🙂

    najmy >>
    Kalau watak guna nama kau.. kau beli tak? muahahahha… 😀

  9. kakLuna Says:

    sama ngan Najmy…tgk author,especially novel2 Alaf 21. Fauziah Ashaari, Aina Emir, Aisya Sofea..they are my favourite.

  10. nieys Says:

    kakLuna >>

    nama2 yg akak sebut tu skrg ni ramai yang dah terbitkan sendiri novel.. 🙂

  11. violet Says:

    hehe…nieys tak minat tulih buku ker?

  12. nieys Says:

    violet >>
    ish.. minat.. 🙂


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: