Faham

awerde.jpg

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Eii.. Tak kuasa tau dengan budak kecil yang suka makan biskut coklat ni! Dia pandai cakap tapi dia selalu buat-buat macam tak pandai. Namun, ada kalanya kita selalu tak faham apa yang dia cakap sebab dia selalu cakap pelat.

Tapi dia tahu bila masanya saya akan bawa kamera handphone saya. Dialah orang nombor satu yang nak bergaya di depan kamera. Kadang-kadang bosan juga sebab saya tak boleh nak ambil gambar lain. Muahaha..

Bila dipuji bukan main lagi dia bangga. Setiap kali melihat anak gadis yang ‘jambu’ biarpun usia mereka sebaya ibu-ibu saudaranya, dia akan mula buat muka control handsome. Ya! Percayalah. Dalam dunia ini, masih wujud budak lelaki yang berjiwa romantis yang mana mereka ini berpotensi sejak dari kecil. Saya gunakan perkataan jiwa romantis kerana perkataan romeo serasanya masih belum cukup sesuai untuk menggambarkannya.

Semalam kawan baik saya datang ke rumah menceritakan perihal anaknya yang sudah pandai bergaya untuk ke kelas Tadika. Mesti pakai minyak wangi dan berbedak. Kerja-kerjanya cukup kemas. Amat menarik bila difikirkan usianya yang masih lima tahun.

Suatu hari ibunya bertanya bila dia pulang dari sekolah, “Cikgu ada puji adik tak kat sekolah?”

Si anak terdiam tanpa membalas. Agak lama juga sehinggalah suatu saat dia membuka mulutnya. “Mama, puji tu apa?”

Kanak-kanak tak faham apa itu puji. Tapi mereka tahu apa perasaan mereka bila dipuji. Pernahkah kalian terfikir, perkataan poyo tu pun sebenarnya membawa sebegitu banyak maksud? Dan selalunya kita rasa perkataan itu kelakar tapi sebenarnya tidak mampu membuatkan orang yang menerima label itu untuk ketawa.

Benar sama sekali. Budak kecil suka bertanya. Menerangkan sesuatu kepada si kecil juga memerlukan kesabaran yang tinggi kerana mereka akan sering bertanya. Namun, kenapa bila kita dewasa, kita selalu terikut dengan apa yang diperkatakan orang? Dan kita terlupa sebenarnya kita tak tahu tapi kita selalu buat-buat yang kita ni tahu..

Lepas ni, bolehlah kita tanya pada mereka yang mengatakan kita poyo, “Poyo tu apa? Kenapa awak kata saya poyo?”

Entri ini tidak berniat ditujukan pada sesiapa. Ia sekadar sebuah entri terbuka dan contoh-contoh yang diberikan adalah benar sama sekali.

-Nieys Zahri-

Advertisements
Dikirim dalam dairi hidup, Umum. 5 Comments »

5 Respons to “Faham”

  1. ayaq masak Says:

    gamaknya 13may dari kecik mmg suka kontrol ensem pa huhu..

    poyo? Ayaq pun tatau poyo tu apa. Blasah ja guna huhu.

  2. kemat Says:

    ader chance jadi model besar nanti..heheh

  3. retna Says:

    eheh nieys … lenkali x mor pangey ako ‘kakak’ … x mor x mor..

    btw tu anak ko ker?? wahh best nya makan ceklat, ni wat ako terasa nak makan juga nih… 😀

  4. mazudi Says:

    Anak anak ni selalunya ngikut bapak dia, kalau bapak hensem, anak pun hensem, kalau bapak poyo, anak pun poyo, kalau bapak selalu guna perkataan poyo, anak pun akan ikut guna juga, walaupun bapak tak tau apa itu “poyo”

    Apa sebenarnya ni yg membuatkan awak suka sangat dengan perkataan “poyo” ni hari ni nih.

  5. nieys Says:

    ayaq masak >>
    serasi la 13may ngan budak tu kot… muahaha.. 😀

    kemat >>
    model ke? muahahah.. bertuah le mak bapak dia..

    retna >>
    tu la.. kelako je.. sebaya pun nak akak-akak.. anyway, ko pun mmg lagi tue dari aku le.. muahaha.. tua sebulan.. 🙂
    p.s: tu anak sedara aku.. kira cam anak gak la kan…muahahaha…

    mazudi >>
    hehe.. marah ke? muahaha.. ntah la erk.. cemana pun ada sangkut-paut gak ngan poyo tu..


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

«

%d bloggers like this: