Aksesori

telex_100cd.jpgAssalamualaikum dan Salam Sejahtera.

BOSANKAN asyik bercerita tentang ‘poyo’? Sampai sekarang masih lagi kita kabur tentang maksud poyo itu. Baiklah. Minggu belajar bahasa terhenti seketika. Nanti orang naik muak pula.

Bila tengok gambar CD di sebelah, selalunya kita akan teringat tentang CD cetak rompak. Isu yang tak pernah habis bila diperdebatkan. Dan selalu juga dijadikan alasan kenapa album sesetengah artis tak laku di pasaran. Hairan juga.. tidakkah artis itu sendiri sedar yang taukeh CD cetak rompak tu pun tak teruja nak jual CD ciplak mereka. Maklumlah, artis di Malaysia ni bukan semua suaranya tak merdu..

Berbelas tahun yang lampau, jarang-jarang orang menyimpan CD di rumah. Jika ada sekalipun mereka akan dianggap sangat hebat. Kelakar kan? Jadi, tidak hairanlah bila ada Kumpulan Artis tu yang buat rantai CD sebagai aksesori pilihan mereka. Saya rasa, mereka pasti ketawa bila teringatkannya.

Begitu juga saya. Pertama kali dalam hidup saya, saya melihat ada sekumpulan remaja yang terdiri daripada orang awam mengikut jejak langkah kumpulan tersebut. Gambar anak-anak gadis yang lengkap dengan uniform sekolah agama itu jelas menunjukkan aksi mereka saling menyelak kain tudung demi menayang rantai CD berkenaan. Salah seorang daripada mereka telah tinggal serumah dengan saya ketika di UTM. Dan saya akan sentiasa ketawa setiap kali melihatnya. Mahupun mengingatkannya.

Dia pernah memberitahu saya, dalam banyak kawan-kawan dia ketika itu, hanya ada seorang sahaja memiliki CD di rumahnya. Jadi, kerana itulah material itu benar-benar membuatkan mereka teruja dan jadilah mereka Kumpulan Artis yang kedua memakai rantai CD.

Manusia suka mencuba sesuatu yang baru. Barangkali dalam diam ada juga orang yang menggunakan tumb drive sebagai aksesori tambahan untuk bergaya. πŸ™‚

-Nieys Zahri-

Advertisements

23 Respons to “Aksesori”

  1. Baby-Ang3L β™₯ Says:

    lol, tak kuasa nak gantung cd kat leher… rantai emas kan ada…. dah tak de keja g gantung cd. πŸ˜›

    **huhu skrg ada lg ke org nak gantung cd kat leher ni? hmm…

  2. nieys Says:

    muahaha.. tu la.. kelakar tul..sampai skrg pun rasa kagum dengan orang yang suka benda pelik2 ni (tak memudaratkan)

  3. zz Says:

    apo nk komen ni erk…

  4. nieys Says:

    sabo je le aku.. bitau le kalau ko penah try rantai cd ni.. hehe.. πŸ˜€

  5. 13may Says:

    hahha…nieys mengingatkan nostalgia lama…hahahahha…memang lawak bila dipikirkan balik:D

  6. wear Says:

    aper da.cd jd aksesori badan..tp tak kesah..sbb itu lumrah perubahan zaman..sama juga kta zaman ni.mngkn zaman akan dtg,mengenakn tudung wardina,mmbwa hndset 3310,dll akan menjadi satu yg kelakar dizaman akan datang..siapa tau..
    err..mlm ni sya hapdate kak eh..tgh editΒ² gmbr..hee..

  7. nieys Says:

    13may >>
    lawak kan.. lagi lawak kalau awak jadi orang yang tengok sendiri gambar tu..muahaha.. πŸ˜€

    wear >>
    yer le..aik.. tudung wardina kelakar ke? kan ke memang tudung.. lain le CD yang orang pasang kat radio tu dibuat rantai.. muahaha.. πŸ˜€

  8. Nana Says:

    Hai nieys..saya datang bertandang πŸ˜€

    Saya penah pakai camtu. Masa zaman 4u2c, feminin, res2 etc. Ye laa masa deman2 rap dulu ekeke…tahun berapa erk..90an kot..

    Hoyooo masa tu mmg popular tau. skang ni..tergelak laa klu ada yg pakai lagi πŸ™‚

  9. nieys Says:

    Nana >>
    Saya rasanya tak pernah pakai kot.. kelakar kan.. akhirnya ada juga yang mengaku pernah buat.. hehe.. πŸ˜€

  10. blackpurple Says:

    Sekarang dah ada MP3, dah jarang pulak orang cari CD…..tak pun download jer senang….hehehe

  11. nieys Says:

    BP >>
    ni pun tengah cari MP3 nak download.. muahaha.. πŸ˜€

  12. ayaq masak Says:

    Takpa len kali kita gantung hard disk.

  13. nieys Says:

    ayaq masak >>
    muahaha.. kena tengkuk power baru blh pakai.. berat tu.. πŸ˜€

  14. najmy Says:

    rantai cd….hahaha itu 4u2c tuh…hohoho

  15. nieys Says:

    najmy >>
    trademark dorang tu.. hehe.. rantai CD ngan baju hujan.. hehehe.. πŸ˜€

  16. Mr. Photogenic Says:

    Kak Nieys, sekarang ni pendrive memang dah jadik fesyen kat kampus…tapi hanya dikampus sahaja sebab banyak benda yang nak disimpan dalam pendrive tu. Lagipun, sekarang pendrive dah glamour, macam2 corak ada….

  17. nieys Says:

    Mr. Photogenic >>
    Pixie pun sama la yer.. πŸ™‚ tapi kalau setakat gantung kat leher benda tu rasanya takde la obvious sangat.. tapi kalau besar macam CD… hehe.. kelakar tul.. πŸ˜€

  18. Mr. Photogenic Says:

    Tu lah pasal…Kalau pendrive tu memang takpa lah coz smua org pakai..kalau CD?? Peliks..hehehe

  19. nieys Says:

    hehe.. CD tu buat baling anjing pun tak boleh..muahaha.. πŸ˜€ mungkin buat senjata wanita kot.. πŸ™‚

  20. mazudi Says:

    Setahu aku penyanyi berkulit hitam di era 90an dulu jer yg pakai cd kat leher, tu pun utk kulit album. Kawan ko pun ada jugak eek.

    Terpelik pulak rasa ni. Tak susah ker tu?

  21. nieys Says:

    mazudi >>
    remaja..hehe.. siap pakai tudung labuh tu.. yer la.. sekolah agama perempuan kat kelantan.. apa ntah nama sekolah tu..
    tapi at least ada gak le kenangan bodoh2 camtu untuk bahan gelak di hari muka.. muahahaha… πŸ˜€

  22. cikguonline Says:

    ni rasa 4U2C dulu pakai

  23. nieys Says:

    tepat sekali cikgu..hehe..


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

«

»
%d bloggers like this: