Fesyen

tdwp-book.gif

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Pernah tak kalian membaca novel ini? Sebetulnya, saya telah membeli novel ini pada suku tahun pertama 2006 ini andai tidak tersilap saya. Saya memang gemar membeli buku walaupun kadangkala saya tidak sempat habis membacanya atau mungkin terlalu lama buku itu tersimpan barulah saya membacanya. Ya! Saya seorang yang punya obsesi dengan kertas! Sebagaimana orang lain yang punya obsesi pada memancing, kasut, beg tangan dan macam-macam lagi. Saya juga tidak terkecuali!

Tidak lama kemudian, saya ternampak poster filem ini dipaparkan pada dinding GSC Summit USJ. Saya teringin sekali menontonnya dan saya tahu, suami saya sudah tentu tidak berminat. Jadi, terpaksalah saya menunggu beberapa bulan berikutnya untuk menonton DVD filem tersebut.wallpaper-tdwp2.JPG

Juga terpinggir selama beberapa minggu, akhirnya pada petang yang hening ini saya berkesempatan untuk menontonnya. Menarik juga. (Jika tidak, masa kan novelnya jadi best-seller kan?). Namun, alangkah terkilannya saya apabila tiba pada bahagian ketiga cerita ianya telah tersangkut.. jadi sudah terang lagi bersuluh.. tidaklah dapat saya menontonnya sehingga kesudahan cerita.

Barangkali inilah petanda bahawa saya perlu membaca novel tersebut dengan segera. Itulah, dah banyak kali juga kerajaan ingatkan supaya jangan beli DVD di kedai yang selalu tutup pada waktu-waktu tertentu.. Huhu..

-Nieys Zahri-

Advertisements
Dikirim dalam filem. 11 Comments »

11 Respons to “Fesyen”

  1. nieys Says:

    Tahu tak apa kesudahan cerita ni? Saya tengok sampai part boss dia divorce je.. huhu.. sedih tau.. :(‘

  2. Mr. Photogenic Says:

    Lepas suami Miranda cerai, jalan ceritanya just macam tu… Akhir sekali Marinda tawarkan kerja sebagai penggantinya kepada Anne kat Runway, tapi dia tak nak sebab dia lebih suka jadik wartawan..Miranda kecewa sgt sebab dia nampak ‘diri dia’ dalam Anne…hurrmmm…

  3. ayaq masak Says:

    Dari dulu lagi mmg nak beli Devil Wears Prada ni…tapi rasa cam malas plak nak beli buku RM30+. Skang ayaq tengah gila beli buku 14.90 kat Popular. Hehehehe.

  4. nieys Says:

    Pixie >>
    Thanks erk.. nasib baik ada gak yang tengok citer ni.. πŸ™‚ sedih tau tak dapat tengok abis..

    ayaq masak >>
    english fiction memang mahal.. ye la.. dah buku import kan? buku RM14.90? buku-buku yang combine dua cerita dalam satu novel tu erk? macam novel John Grisham tu kan? hehe.. akak pun ada gak beli..

  5. wear Says:

    buku ni macam `dadah`…slalu wat saya lalok…waa~~
    -pantang bukak buku sk8.konpem mimpi indah…

  6. mazudi Says:

    donlod jer nieys. Melambak dah citer ni.
    Baru tau yg citer ni dia ambik dari novel. ker dari movie ke novel.

  7. nieys Says:

    wear >>
    mimpi indah bila baca buku? heheh.. buku apa la yang dibacanya tu.. akak lak.. biasa kalau terlalu lama duduk depan pc wat manuskrip tu selalunya sampai termimpi2.. tapi tak semestinya indah le.. mimpi tak indah pun ada gak.. πŸ˜€

    mazudi >>
    dari novel ke movie.. lama dah novel ni diterbitkan.. kebetulan novel yang saya beli tu (yg kulit luarnya macam gambar tu..) tulisan kat dalam tu teraaammatlah keciknya.. lagi le buat lambat nak habis baca.. spoil je pada orang rabun macam saya.. 😦

  8. ~Nana~ Says:

    saya pun obses dengan kertas. bukan sekali dua saya mencuri-curi mencium bau buku di kedai buku. wangi! hahaha

  9. nieys Says:

    Nana >>
    yer.. sama le kita.. orang obses kertas memang begitu sifat-sifatnya.. muahaha.. πŸ˜€

  10. ayaq masak Says:

    Novel John Grisham tak dapat la 14 hengget akak oyyy.

    Ni novel lama…lama tu tadek la lama sangat..around 5 6 years ago nye terbitan. Ada yang chic lit, crime thriller. Ayaq ada buat gak book review kat blog ayaq. Hohoo. Tu semua yang ayaq bli patblas hengget tuh.

  11. nieys Says:

    ayaq masak >>
    Ada la novel John Grisham.. hehe.. tapi yang lama2 la.. dorang combine dua cerita dalam satu buku.. akak beli dulu tapi tak ingat la bapa belas.. tapi belas-belas la..kat Popular USJ.. agaknya dah habis kot stok tu..muahaha.. tapi kalau kat KL nak beli buku 2nd hand yang murah (buku english la..) ada kat CM.. boleh tahan la..banyak gile..kalau shopaholic series tu takyah cakap la.. rasa rugi pulak sbb dah beli..

    p.s : tak sabar nak tunggu year-end sale Popular..


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: