Hujung Minggu

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Ya. Ini entri yang kedua. Saya tidak akan ambil masa yang lama kerana saya lebih senang menulis entri-entri yang ringkas di waktu ini. Memandangkan blog ini membuatkan saya selesa untuk bercerita tentang banyak perkara, jadi kerana itulah blog saya kini bercerita dalam skop yang lebih luas. Tidak hanya kepada cerita-cerita tentang manuskrip semata-mata.

Saya akui sejujurnya, saya bukan pelanggan ASTRO. Jadi, saya bukanlah peminat AF mahupun mampu bercerita lebih banyak tentang kehebatan saluran-saluran yang tersedia. Saya hanya menonton saluran RTM dan Media Prima sahaja. Dua siri ini telah menapak di hati saya pada hujung minggu yang lalu.

supernatural.gif

Supernatural -Baru pertama kali ditayangkan di TV. Jalan cerita yang unik dan penuh misteri. Ya. Biarpun berunsurkan tahyul, saya berminat untuk menontonnya. Menulis cerita ini bagi saya cukup mencabar dan sehingga ke hari ini saya sentiasa tabik pada sesiapa yang mampu menulis cerita yang hebat seperti ini.

 

the-appreantice.gif

The Apprentice 5 – Saya sentiasa mengikuti realiti TV ini sejak musim pertama. Dan saya dengan lantangnya memberitahu, Kendra adalah Apprentice kesukaan saya jika dibandingkan dengan kelima-lima Apprentice ini. Bukan hanya kerana dia seorang wanita tetapi kerana dia punya ‘sesuatu’ yang tidak ada pada orang lain. Meskipun saya sudah tahu siapa pemenangnya pada musim ini, saya tetap menontonnya. Bagi saya, musim ini tiada peserta yang menarik hati saya tetapi.. ya, kalau rancangan itu asasnya menarik.. ia tetap akan ditonton. (Amaran : jangan klik pada gambar sekiranya anda tidak mahu tahu siapa pemenangnya. Gambar itu disalurkan terus pada pautan tersebut)

-Nieys Zahri-

Advertisements
Dikirim dalam TV. 11 Comments »

11 Respons to “Hujung Minggu”

  1. nieys Says:

    Kawan-kawan dijemput untuk memberikan komen tentang episod berkaitan.. πŸ™‚ tak suka orang tu.. tak suka orang ni.. terpulanglah..

  2. kakLuna Says:

    semalam pun tgk Supernatural..oh..best2..mesti tunggu lenkali…the Apprenctice?cuma betul2 ikut 1st season dan Kendra aje..yup,Kendra tu..mcm mana ek..susah nak cari la org yg ada Midas Touch mcm dia..

  3. nieys Says:

    Luna >>
    Kendra is perfect.. orang banyak yang hairan kenapa dalam TV tunjuk macam Kendra tu ‘sempurna’ sangat… πŸ™‚

  4. BP Says:

    Tetap mengkagumi Bill Rancic… Sebab dia dah berjaya dan millionaire pun sebelum join Apprentice. Satu lagi nampak dia berkarisma dan nampak ciri2 leadership dia…

  5. ayaq masak Says:

    Jensen Ackles is so bloody yummeh.

    The Apprentince last skali tgk season 2. Ahahaha. Bill Rancig is still yummeh.

    :D:D:D

  6. wear Says:

    akak tak tgk lost ker..desperate housewives ker..prison break ker..
    waa..tu smer feveret syer..
    supernatural citer baru eh?

  7. najmy Says:

    haku pung tak da astro tuh…sekapal ler kiter

  8. nieys Says:

    BP >>
    Dia memang ada karisma tersendiri.. πŸ™‚

    ayaq masak>>
    hensem… hehe.. πŸ˜€

    wear>>
    yer.. sume tu favourite.. tunggu la entri yang akan datang..muahaha.. πŸ˜€

    najmy>>
    ha’ah..sekapal la kita.. takde astro pun OK gak.. nanti semua cerita best jadi confuse plak nak tengok mana satu.. hehe.. πŸ˜€

  9. Mr. Photogenic Says:

    Masa Kwami tinggal dua orang sama seorang girl nih….Pixie suka girl tu tapi dah lupa namanya…

  10. nieys Says:

    Pixie, ingatkan Kwami mana..hehe.. Kwame si negro tu kan? perempuan last yang tinggal masa dia, Bill dengan Nick tu namanya Amy.. cantik, muka classic.. πŸ™‚

  11. Sunan_Jati Says:

    hi…erm.. cite pasai apa nier kejap nk baca dulu ngeheheheheh peace bro…!


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: