Malang

waienangis.jpg Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Semalam saya menonton TV lagi.. namun serasanya saya tidak ingin mengulas tentang apa-apa berkenaan TV. InsyaALLAH, esok akan tersiar komen saya tentang rancangan kesukaan saya malam ini; Surface yang kini hangat di saluran TV3.

Beberapa hari ini bagaikan ada yang tidak kena dengan perjalanan hidup saya. Sebenarnya isu tidak terlalu besar. Tapi.. benar sama sekali, saya tidak menulis diari. Bagi saya, mungkin sesetengah cerita yang biasa saya tulis di dalam dairi akan saya luahkan di sini. Kisah yang tidak terlalu peribadi. Barangkali, yang terlalu peribadi seeloknya disimpan buat diri sendiri sahaja.

Pernah tak mata kena masuk habuk? Macam soal remeh temeh je kan..? Sebetulnya, petang itu saya berhasrat untuk melelapkan mata barang sejam tua. Dengan tujuan supaya malamnya saya akan lebih bertenaga untuk berjaga. Entah macam mana ianya terjadi. Tiba-tiba sahaja mata saya dimasuki sesuatu. Dan ia cukup menyakitkan. Saya berulang-alik ke sinki dapur untuk mengalurkan air paip di mata saya ini. Namun, kelegaan itu sekejap cuma dan saya masih lagi seperti ikan menggelupur yang baru dibawa ke darat.

Masa itu barulah saya terfikir, bagaimana agaknya kalau ia mampu membuatkan saya menjadi buta..? Atau menambahkan lagi tahap kerabunan yang sedia ada. Saya amat gusar tambahan lagi baru sahaja saya menerima khabar tak baik tentang mata milik sahabat saya. Dan ia buat saya bertambah runsing. Ya, adakalanya saya terlalu berfikir dan agak penakut..

Saya diusulkan supaya memaksa diri untuk tidur. Seksanya. Ya, tidur memang enak namun jika ia sesuatu yang dipaksa sememangnya menghasilkan suatu perasaan yang merimaskan! Suami saya kata, biar benda tu jadi tahi mata. Mesti baik. Alhamdulillah, memang OK dengan izin TUHAN. Dan saya terfikir lagi, dulu mata saya pernah dimasuki serangga terbang yang sesat di malam hari.. dan perasaan itu tidaklah seteruk yang saya alami pada kali ini!

Kelakar kan? Macam soal yang tak ada apa-apa. Tapi manusia begitu mudah teringatkan TUHAN dan tahu bersyukur bila ditimpa kesusahan. Terlalu lekakah kita?

Malam itu saya hendak keluar makan dan sekali lagi alarm kereta buat hal. Melalak di malam yang pekat dengan warna kehitaman. Suami saya menarik terus wayar yang berselirat di bateri dan menerajang kereta beberapa kali. Ya! Walaupun saya sakit hati dengan kereta yang selalu meragam sejak akhir-akhir ini, hati saya diterpa walang. Apa pun, kereta itu tetap menjadi kekasih pertama saya di jalanraya kerana ianya material terbesar yang pertama kali saya beli dengan duit saya sendiri.

Sehingga ke hari ini walaupun kereta saya sudah OK, saya masih lagi paranoid. Takut benar jika ia berlaku lagi ketika saya memandu sendirian. Dan ia membuatkan saya tidak terfikir untuk keluar melainkan terpaksa.

Maaf. Entri ini sedikit panjang dari biasa. Saya cuba untuk memendekkannya dan ini juga yang terhasil.. πŸ™‚

-Nieys Zahri-

Advertisements
Dikirim dalam dairi hidup. 13 Comments »

13 Respons to “Malang”

  1. nieys Says:

    Kenapa nak cerita pasal diri sendiri? manusia memang suka cerita pasal diri sendiri. tapi manusia tak suka bila orang suka bertanya tentang perihal diri sendiri.. kan kann..??

    Orang tak nak tahu tak apa, tapi jangan jadi seorang manusia yang suka tanya dan berkata perihal peribadi seseorang.. πŸ™‚

  2. blue_black Says:

    yes.. kesusahan membuatkan kita teringat benda yang kita selalu lupa..

  3. wear Says:

    lumrah manusia..kalau senang.semua luper..
    kalau susah,semua diingtnya..

    teringt kes Datuk A yg berlayar keliling dunia tu..`mereka` kata,Datuk A ditimpa musibah..lantas berdoa kepada Ilahi.tp tiada perubahan..lantas berdoa kpd semua tuhan yg ada..`dimakbulknnya`…
    hasilnya..Datuk A menukar agama..

  4. perempuan_rahsia Says:

    alahai.. bersungguhnya budak tu menangis.. sian dia..

    p.s: salam kenalan utk semuanya.. termasuk tuan blog.. πŸ™‚

  5. perempuan_rahsia Says:

    kesusahan tak datang dengan percuma.. πŸ™‚

    wear, betul ke kisah tu.. kadang2 susah nak percaya.. dalam dunia ni.. macam2 blh jadi..

  6. ayaq masak Says:

    Bila tendang kereta tu..bumper tak jatuh ke. Hahaha mampus ayaq takkan bagi laki ayaq tendang keta ayaq.. hohoh.

  7. kakLuna Says:

    kdg2 sy pun dilemma nak citer ke tak dlm blog psl hal personal..

    tp,apapun masalah ni mcm angin,dtg dan pergi..kdg2 bila nak bercerita,keadaan dah ok, jd mood utk bercerita pun dh x de

    tp yg sbnqnya mmg jenis pandai pujuk diri sdiri dan x suka layan sedih2….so baik tulis benda2 umum..x berat otak πŸ™‚

  8. 13may Says:

    tendang keta takpa, jgn tendang tuan punya keta…hehehehe…jgn marah nieys, gurau aje:)

  9. Abang Long Says:

    “Sesiapa yang menjaga rahsianya, bermakna ia berkuasa penuh terhadap dirinya”.

  10. Mr. Photogenic Says:

    Nieys, Pixie nak sambung exam balik…doakan Pixie yerk…

  11. nagacute Says:

    lama x ke sini… mira lupa nk edit link kak nieys kt blogsome mira..

  12. wear Says:

    cerita dgr orng cerita..
    btul ker tak..wallahua`lam..-bissowaaabb..hehe..

  13. nieys Says:

    blue_black >>
    ya.. betul.. πŸ™‚

    wear >>
    akak susah sikit nak percaya dengan berita macam ni.. kdg2 tu dakyah macam ni orang kafir yang suka sebarkan.. mcm kes lina joy tu.. blm habis kes lagi dah keluar citer lengkap.. saja nak kasik kita ni kelam-kabut..
    actually ada baca kat dalam satu artikel ni dalam website Ustaz Firdaus (http://www.al-firdaus.com/index.php) dah lupa la kat mana artikel tu..

    perempuan_rahsia >>
    salam pkenalan.. πŸ™‚

    ayaq_masak >>
    sayang laki lebih ke sayang keta lebih.. πŸ˜€ muahahha.. pilih le antara dua..

    kakLuna >>
    benda tu terpulang pd individu.. ada orang yang suka ada yang tak suka.. dah nama pun blog sendiri kan.. tapi kadang2 bukan cerita tu yang penting, cara menyampaikan cerita tu yang penting..dan juga kenapa disampaikan cerita tu
    *fikir-fikirkanlah.. muahahah… πŸ˜€

    13may >>
    nasib baik tak penah kena.. heheh.. πŸ™‚

    abanglong >>
    betul2.. kalau dah rahsia.. tak payah la cerita, ye dak..biarlah rahsia..muahaha.. πŸ˜€

    pixie >>
    semoga berjaya, ya.. good luck.. πŸ™‚

    nagacute >>
    tu la. lama tak jumpa mira kat sini..


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: