Di sini

image535.jpgAssalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Saya mencoretkan entri kali ini bukan kerana ingin menunjuk-nunjuk. Jauh sekali untuk mempromosikan ‘wordpress.com’. Sekadar berkongsi maklumat yang tidaklah penting sangat sebenarnya.

Masa di weblog yang lama dulu memang seronok sebab saya boleh masukkan pelbagai kod HTML dari laman lain. Weblog ni memang tak boleh. Arakian, saya gunakan sepenuhnya apa sahaja kemudahan yang diberikan oleh weblog ini.. πŸ™‚

Seronok juga bila tahu rupanya ada banyak cara untuk menjumpai link saya di enjin pencari. Muahaha.. skema sungguh ayat ini. Ya! Saya akan gunakan bahasa yang betul jika berpeluang.. πŸ™‚ senarai yang saya rasakan menarik yang berkait dengan weblog saya adalah :

  • lirik lagu aku ingin pulang (hampir setiap hari)
  • MP3 lagu Zubir Ali (hampir setiap hari)
  • ruang tamu (selalu juga..)
  • gambar bf (sejak akhir-akhir ini.. hairan ya, kat mana ‘gambar bf’ yang dimaksudkan..)
  • benih cabai (haha.. kelakar betul..)
  • e-novel (Alhamdulillah, masuk senarai juga)
  • fesyen (berbaloi letakkan cerita TDWP)
  • gambar air telaga (saya rasa pasti kena mengena dengan entri ‘air’)
  • gambar cetak rompak (hmm..macam kena spy la pulak..)
  • makna poyo (muahahah.. tak sangka ada juga masuk senarai.. :D)

Sekali lagi ditegaskan, tujuan entri ini bukannya hendak menunjuk-nunjuk! Ya, terima kasih yang teramat buat semua kawan-kawan yang sudi meluangkan masa anda di sini. Tanpa anda, siapalah saya. Di sini saya senang meluahkan bicara. Biarpun ada entri yang menimbulkan sangsi, pada saya.. adakalanya kita memerlukan sesuatu sebagai platform untuk menyatakan sesuatu yang kita tidak dapat luahkan secara zahir tetapi ingin dikongsi bersama.. πŸ™‚

Jadi, jika adik saya bertanya, “apa yang seronoknya membaca blog orang lain?”

Dengan senang hati saya menjawab, “Bergantung pada blog tersebut. Kalau nak tahu apa yang seronoknya.. kenala baca dulu..”

Terima Kasih. Di sini kita berkenalan. Di sini kita mulai akrab. Di sini, ternoktah segala prasangka yang menjauhkan kita sesama manusia. Di sini tiada siapa peduli siapakah kita. Dan di sini, kita belajar untuk menjaga perasaan orang yang tahu menghargai kita..

-Nieys Zahri-

Advertisements
Dikirim dalam Umum. 18 Comments »

18 Respons to “Di sini”

  1. perempuan_rahsia Says:

    Siapa kata internet hanya untuk perkara-perkara yang bersifat negatif? Ini antara jawapan yang paling mudah. Ya. Internet mendekatkan kita jika kita gunakan dengan cara yang betul.. πŸ™‚

  2. wear Says:

    kekadang blog ader cerita yg tak kuar kt paper..
    bg sya..blog menjauhkn saya jadi gamerz..

  3. hayad Says:

    eh, camne yer kak nieys leh tau senari carian tu ek? nk tgk kt mn? ajo sket leh?

  4. ayaq masak Says:

    A’ah tu la pasal ayaq pun nak tau gak.

  5. Abang Long Says:

    nieys, semakin jauh melangkah, dan semakin matang dalam berblog ….aduhhh ….abang masih terkial – kial …..

  6. 13may Says:

    …dan di sini, saya mengenali nieys:D

  7. mazudi Says:

    Bila nak marah student, saya tulis blog.
    Bila nak marah anak, saya tulis blog.

    Bila kena marah dengan orang, saya baca blog.
    Bila boss kasik kerja banyak banyak, saya baca blog.
    Padan muka boss.

  8. Mr. Photogenic Says:

    Doakan Pixie utk final paper!

  9. nagacute Says:

    hai kak nieys..
    kt blogsome pn sama xleh nk mskkan html
    penah try tp x jd
    sbb 2 xde img cm sy buat kt blogdrive dlu
    tp ok jgk sbb lg kemas

    “Terima Kasih. Di sini kita berkenalan. Di sini kita mulai akrab. Di sini, ternoktah segala prasangka yang menjauhkan kita sesama manusia. Di sini tiada siapa peduli siapakah kita. Dan di sini, kita belajar untuk menjaga perasaan orang yang tahu menghargai kita..”

    sy suka ayat2 kak nieys ni.. sy pn seronok sbb dpt knl kak nieys dan lain2 kt alam blog ni…

  10. nagacute Says:

    kak nieys, sy jgk ada wordpress.. tp slow sket dpd blogsome… sy pn xtau knp jd cmtu..

  11. najmy Says:

    semoga berkembang maju!

  12. nieys Says:

    perempuan_rahsia >>
    Gunakan dengan niat dan cara yang betul, insyaALLAH hasilnya pun betul juga.. πŸ™‚

    wear >>
    yer.. blog dan game ni blh buat kita ketagih gak.. πŸ™‚ memang best sebab membaca cerita orang lebih seronok dari mendengar cerita orang, kan? cuma.. hati2 kadang2 ada juga khabar yang tak betul..

    hayad >>
    senarai tu cuma ada kat dalam dashboard wordpress je.. hehe.. blogger tak pasti la ada ke tak.. kalau register kat stat counter maybe ada kot..

    ayaq masak >>
    kat dalam wordpress je ada dik.. kat sini pun kita nyer blog stat memang tulen.. start dari 0 dan jumlah hits pun tak termasuk kunjungan dari tuan punya blog sendiri.. πŸ™‚

    Abang Long >>
    biasa2 je.. abang long pun OK gak apa.. suka dengan entri terbaru abang long tu.. πŸ™‚

    13may >>
    ..dan di sini juga saya kenal dengan 13may yang punya banyak rahsia dan cerita hidupnya.. πŸ™‚

    ayaq masak >>
    hehe.. takkan kecik ati kot.. πŸ˜›

    mazudi >>
    blog ni macam penawar pada saat tertentu.. πŸ™‚

    pixie >>
    semoga berjaya. banyak lagi ke paper? adik2 Nieys minggu ni habis exam kat Uitm tu..

    nagacute >>
    yer.. itu advantage blog macam ni.. kemas dan simple je.. sbb takleh nak edit sesuka hati.. hehe.. πŸ˜€
    Akak pun suka sbb dapat bkenalan dengan Mira.. πŸ™‚
    WP ni memang kadang2 lembab sikit.. tapi ada masa OK pulak.. agaknya sbb ramai sangat kot pada masa2 tu..

    najmy >>
    timaceh.. sama la dengan kau yer.. najmy.. πŸ™‚

  13. Am Says:

    Am pun baru nak mencuba fungsi wordpress ni, byk juga kelebihannya dari program yg lain tapi ada juga kelemahannya

    Salah satu kebaikan internet ialah Am berjaya berkenalan dengan Nieys hehehe

  14. retna Says:

    nieys… pape pun thanks 4 everything ye:)

  15. kakLuna Says:

    blogging/blog hopping adalah benda kedua best utk dilakukan. benda no satu best ialah buang air besar..hahahaha

  16. nieys Says:

    AM >>
    Ya. Sama la kita.. πŸ™‚ wordpress ni paling best sebab boleh buat banyak page.. πŸ™‚
    yang tak best – sbb tak boleh nak masukkan html sendiri dan kadang2 slow..

    Retna >>
    sama la dengan kita Retna. Semoga awak tabah menghadapi dugaan tu, ya.. πŸ™‚

    Zz >>
    amboiii gak kat ko.. muahaha πŸ˜€

    KakLuna >>
    muahhahaha… kiranya dalam hidup ko memang indah le bila dapat bermesra alam dengan toilet gitu.. ko memang kelakar.. πŸ˜€


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


»
%d bloggers like this: