Lagu

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Malam ni saya berjaga. Rasanya memang tak akan tidur sampai ke Subuh ni.. Kalau tidur waktu ni alamatnya jadi ‘Subuh Gajah’ la gamaknya. YM sekejap dengan kenalan baik saya di UK. Minta dia cari MP3 lagi. Hehe.. 😀 Dia ni memang macam guru saya dalam bidang download ni. Apa pun.. terima kasih pada u4me. Saya kenal dia dalam satu forum ni. Muda lagi budak ni. Masa musim bola dululah kami selalu berdiskusi pasal World Cup. Sampai sekarang ni kira kamceng lagi kat dalam alam maya ni. Haha.. Panjang pulak cerita pasal dia.

Saya sibuk cari lagu-lagu klasik. Zaman Elvis Presley, Stevie Wonder, Michael Bolton.. Ada la yang dah jumpa tapi ada juga yang tak jumpa-jumpa. Namun, dalam pencarian itu.. akhirnya terjumpa juga lagu yang saya rasa agak mustahil nak jumpa.. –Beautiful Maria Of The Soul (Antonio Banderas). Disebabkan PC saya ni ‘pekak’.. jadi saya terpaksalah bersabar untuk mendengarnya melalui laptop saya yang satu lagi. Mesti kebanyakan kalian tak pernah dengar lagu ni kan..? Teringat beberapa jam tadi u4me ada cakap pada saya, ‘lagu yang kau cari semua pelik-pelik kan..?’

Lagu Careless Whisper dendangan George Michael memang jadi kegilaan saya dari zaman saya sekolah lagi. Entah kenapa.. lagu ni memang best! Setiap kali dengar.. saya akan rasa macam berada di suatu dimensi yang cukup membahagiakan. Akhirnya dapat juga download lagu tu..

Dulu saya minat dengan satu telenovela latin; Cuando Seas Mia yang disiarkan kat TV2. Lagu-lagu dalam telenovela tu memang sedap! Tapi memang takkan jumpalah sekarang ni. Saya cuma tahu nama salah seorang penyanyinya sahaja, iaitu Sin Bandera. Cari punya cari.. akhirnya saya jumpa satu MP3 Sin Bandera. Saya main download je dan bila dengar.. memang best! Entahlah apa dia cakap.. maklumlah, mana nak faham kan.. sebab dia guna bahasa latin. Saya cakap dengan adik saya, janganlah pulak lagu ni pasal kristian ke.. apa ke.. hehe.. maklumlah.. saya layan je sebab lagu dia sedap.. haha.. saya memang tak kisah..!

Saya juga minat dengan Mr Big, Metallica, Creed, Gun & Roses, Linkin Park, Limp Bizkit..hmm.. ok la.. itu je la kot.. yang kat Malaysia ni.. boleh kata yang otai-otai tu pun saya layan juga.

Suatu hari dalam kereta, suami saya kata, “Nieys ni rock erk..”

Hmm..rock ke? Adik saya pulak kata, “heran.. takkan dah bertahun kahwin baru tau..?”

Saya terfikir, sebenarnya saya bukan peminat rock yang setia. Ya. Saya akui.. muzik menjadi salah satu kegilaan saya. Dan, saya juga boleh menangis secara tiba-tiba hanya kerana irama yang dimainkan terlalu menyedihkan.

Moral daripada cerita ni, kalau ada MP3 lagu-lagu yang best, jangan segan-silu untuk berkongsi dengan saya.. Hehehe.. 😀

-Nieys Zahri-

Advertisements

22 Respons to “Lagu”

  1. bono201 Says:

    lagu wham careless whisper pun memang bono minat sesangat,dari kecik…siap apal walau dulu bukan paham maknanya…

    macam u kata, lagu dia buat kita rasa terbuai2 macam kita sedang menari…

    actually “lagu” adalah nyanyian dan saduran dari kisah kehidupan manusia, tu yang buat kita teremosi bila menghayati lirik dan melodinya..

  2. nieys Says:

    hai bono, ye.. lagu tu memang best kan..? lagu2 lama ni sebenarnya memang evergreen la.. dengar sampai bebila pun best.. 🙂

  3. ayaq masak Says:

    Careless Whisper is one of my fave!!

    Beautiful Maria Of The Soul pun laaaaaaaaagi best!! Tapi bukan Antonio Banderas nyanyi. Los Lobos yang nyanyi.

    Cuando Seas Mia dulu ayaq ada donlod..Son By Four yang nyanyi.

    Hoho kalo akak nak lagu pe pun mintak je kat ayaq, insyallah ayaq cilok pehtu boh kat kotak lalak. Takpun upload kat fileden untuk dicilok. Nyehehe.

  4. kakLuna Says:

    careless whisper mmg best

    ye la..umo lebih kurang sama..lagu2 kak nieys minat pun lebeh kurang sama ngan saya..

    lagu kategori r&b yg lain
    michael bolton – said i luv u but i lied
    toni braxton – unbreak myheart

    tapi saya ni layan boyband…penah satu ketika jadi die hard fan Backstreet Boys..fuh gila masa tu…sekali dgr lagu atau nampak BSB kat TV sampai histeria…

    sampai lani,asben saya klu dgr lagu BSB mesti jeling kat saya..’ha..pakwe awak la tu..’

    heheheh

  5. 13may Says:

    saya pun suka layan muzik….tak tengok TV pun takpa…Rock! Rock! Rock! hehhe…

  6. perempuan_rahsia Says:

    ayaq masak, memang lagu tu bukan antonio banderas yang nyanyi.. tapi dia ada berlakon dalam satu citer tu kan.. kalau carik kat search engine tu pun kuar nama antonio. kita pun tak tau sapa yang nyanyi sebenarnya.. hahah..

  7. perempuan_rahsia Says:

    saya pun layan boleh kata sumer lagu.. especially lagu2 lama yang evergreen tu.. paling kurang sikit layan lagu2 rap, hip hop ke.. tak blh tahan la telinga mendengarnya…

  8. Mr. Photogenic Says:

    Pixie suka lagu dedulu cam Killing Me Softly, Somewhere Over The Rainbow and memacam lagik…

  9. blackpurple Says:

    dari dulu sampai sekarang tetap menjiwai ‘Patience’ GNR….!!!

  10. wear Says:

    caya lah..akak pn rock gak.hehe..

  11. u4me Says:

    femes kejap aku…wakakaka~

  12. ayaq masak Says:

    November Rain tak menjiwai ke blekpepel? Hehehe.

  13. najmy Says:

    mak ai lagu klasik nya..haku hengat haku lagi klasik…huhuhu

  14. Abang Long Says:

    aduhhh …. errr… boleh tolong tak ?

  15. ayaq masak Says:

    Metallica semua kaset ada. Hahaha. Abang ayaq yang dok beli. 😛 Layan je la, melekat plak sampai skarang.

    G&R ayaq suka lagu Don’t Cry. Hehe.

    Perempuan_rahsia, BMOTS tu singer ori is Los Lobos..hhuhu.

    Lalalalala.

  16. nieys Says:

    ayaq masak >>
    Nak! Nak! Nak! Hehehe.. nanti akak send email erk..

    kakLuna >>
    tu arr.. dulu pun suka gak ngan BSB ni.. walaupon dorang kalau nyanyi life selalu hancur..paling minat kat kelvin ngan Brian.. at least lagu dorang OK2..

    13may >>
    awak memang arr.. berjiwa seniman.. hehe.. tengok gambar pun ada gitar.. 😀

    perempuan_rahsia >>
    lain orang, lain citarasanya kan.. saya pun agak kurang sikit dengan lagu berunsur hip hop ni..

    Pixie >>
    Lagu2 tu evergreen kan..

    BP >>
    GNR memang best..

    wear >>
    takde la sangat.. biasa-biasa je.. haha..

    u4me >>
    memang aku nak femes kan kau.. haha..

    najmy >>
    tau takpe.. muahahaha… 😀

    Abang Long >>
    tolong apa abang long?

    ayaq masak >>
    sesungguhnya muzik itu universal.. haha..

  17. eymanhykal Says:

    Nieys, Bila asyik menyebut tentang Careless Whisper, terus link lagu tu kat laman saya. Singgahle!

  18. nieys Says:

    eyman hykal >>
    ye ke.. lagu ni memang best kan.. nanti saya jenguk.. 🙂

  19. Am Says:

    cantik gambar tu ya penulis tegar hehehe, am pun kalau 3 hari tak jengok blog rasa gelisah semacam hehehe

  20. nieys Says:

    Am >>
    cantik ke.. o,.. ni mesti gambar yang entri satu lagi ni kan? gambar biasa je.. tak dapat nak ambik shot lebih baik seperti gambaran hakikat yang sebenar.. maklumla.. pakai kamera kat handphone je.. 🙂

  21. Abang Long Says:

    macam mana nak masukkan lagu ?

  22. nieys Says:

    Abang Long >>
    nak masukkan lagu dalam blog ke dalam PC?


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: