Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Terima Kasih kepada kawan-kawan yang mengunjungi weblog ini. Maaf kerana agak kelewatan membalas komen-komen kalian. Sebenarnya tidak terlalu lama saya membiarkan weblog sayaย sepi sendiri namun bagi ‘penulis blog yang tegar’ seperti saya, sudah pastinya tempoh berdiam diri selama tiga hari itu agak panjang.
Saya baru sahaja kembali ke Shah Alam malam ini. Saya pulang ke kampung untuk kenduri doa selamat di rumah keluarga saya dan benar sama sekali, gambar yang dipaparkan ini adalah perjalanan merentasi Lebuhraya Pantai Timur yang damai di saat matahari hampir beradu.
Kawasan amat berkabus ketika kereta merentasi kawasan Genting Sempah. Sebetulnya jarang sekali kami melalui Lebuhraya ini ketika malam berlabuh. Alhamdulillah, selamat semuanya..
Itu sahaja buat masa ini. InsyaALLAH, esok saya akan kembali.
-Nieys Zahri-
November 28, 2006 at 10:13 am
Ferst!!!
Hahahaha.
Sekian timaseih.
November 28, 2006 at 12:05 pm
bagi saya sebagai pengkomen blog yg tegar…jika 3 hari tuan empunya blog tak updet, memang menyeksakan…hehhe..
November 28, 2006 at 12:29 pm
ayaq masak >>
tahniah.. tahniah.. hehe.. sejak akhir-akhir ini ayaq berjaya jadi pengkomen yang pertama.. ๐
13may >>
oh.. rupanya kita berkongsi rasa yang sama.. muahahah… ๐ terima kasih kerana menjadi pengunjung dan pengkomen blog yang tegar untuk weblog saya ni..
November 28, 2006 at 5:21 pm
cantiknyer…. mcm ko aku pon blogger tegar.. maka 2 hari aku rasa gatal jer tangan.. hohoho..
November 28, 2006 at 6:20 pm
zac >>
kalau dah tegar ni.. tetap tegar..kann.. kannn..?
November 28, 2006 at 6:49 pm
Takpe jadik pemblogger tegar takpe jgn penagih tegar. Hehehehe.
November 28, 2006 at 6:59 pm
dulu tak faham kenapa orang suka sangat baca blog.. setelah mula menceburinya.. barulah faham.. haha.. ๐
November 29, 2006 at 4:08 am
selamun aleykum
http://irtica.wordpress.com/2006/11/28/radikal-senin-papandir/
turkey
November 29, 2006 at 8:34 am
kalau boleh nak dielakkan memandu waktu senja … sebab mata rabun ….
November 29, 2006 at 8:48 am
kepulangan yg di nantiii…ewahhh
November 29, 2006 at 12:45 pm
bila le nak update ni..hehehe.. ๐
November 29, 2006 at 1:25 pm
ayaq masak >>
betul tu.. betul tu.. ๐
infokomuniti >>
tau takpe.. haha.. dah faham la ni..
irtica >>
hmm…
Abang Long >>
nasib baik mata suami saya elok lagi. saya je yang rabun dari zaman budak2
zz >>
penantian udah berakhir gamaknya.. ๐
November 29, 2006 at 1:35 pm
Amboi nieys, tak mengapa, sekadar hilang sehari dua memang adat ler. Sedang kerja ada cuti nye inikan pula memblogger bloggi. Kata oang apa tu..biar rindu2an gitu hik hik hik..
( Rindukan pokcik yg maha glamer di hujung kg tuu )
November 29, 2006 at 2:44 pm
mersik >>
yer la.. pokcik.. ini pun kalau pindah umah baru yang takde internet tu.. gamaknya meranalah badan.. bak kata suami, hari2 asyik kemas rumah je.. muahahha.. ๐