Penggaru

image661.jpgAssalamualaikum dan Salam Sejahtera

Saya memulakan entri pada hari ini dengan sebuah soalan. Adakah anda kenal dengan objek yang saya paparkan di sebelah ini? Jika anda kenal dengan ianya, tahniah saya ucapkan. Jika tidak pun.. jangan risau kerana objek ini boleh didapati di Giant dan tempat-tempat seumpamanya!

Saya gemar memanggilnya ‘penggaru’. Tujuannya hanya satu, untuk menggaru di belakang badan dan bahagian-bahagian yang dirasakan sukar untuk jemari sendiri mencapainya. Selain daripada itu, saya juga gemar mengguimage579.jpgnakannya jika ingin membetulkan langsir saya yang terjatuh sedikit daripada pakunya.

Semua orang tahu apa fungsinya. Namun, bagi kanak-kanak berusia dua tahun di sebelah ini, dia telah berinovasi untuk melakukan sesuatu yang lebih daripada itu. Dengan gembiranya, dia mencedokkan penggaru ini ke dalam cawan yang mengandungi air minuman dan lantas menyudukannya ke dalam mulutnya. Baginya, tiada beza antara penggaru dan sudu.

Moral daripada cerita ini :

  • Satu objek mempunyai fungsi berbeza.
  • Jangan biarkan anak anda bermain dengan penggaru ini.

-Nieys Zahri-

Advertisements
Dikirim dalam dairi hidup. 12 Comments »

12 Respons to “Penggaru”

  1. chikA Says:

    AHAHAH… itu lah kesah nya ye? dlu time kecik.. sy ingat tu garpu besar utk kacau gulai yg dimasuk dlm periuk besar. *dush*

  2. kakLuna Says:

    saya gunakan benda ini utk piap anak saya kalau dia takmo mandi..

  3. nieys Says:

    chikA >>
    zaman dulu orang memang simpan sejenis garpu besar dan letak kat dinding kan..?

    kakLuna >>
    ha.. berkesan gak tu..

  4. 13may Says:

    ni barang serba guna nih…
    saya suka guna benda ni buat pukul lalat atau cicak:D

  5. nieys Says:

    13may >>
    huish.. sian cicak tu.. ingatkan kena ngan getah gelang je..

  6. mersik Says:

    Ooo ini penggaru mmg pokcik tahu. selalu pokcik guna untuk menggaru2 kepala dan dalam masa yg sama memikir2kan apakan fungsinye..kekekekeke hik hik hik gegegegege..

    (suka penggaru yg asli, kalau tak sampai gosok2 kedinding ler..lagi best hik hik)

  7. najmy Says:

    ahahah lawak ah budak tuwh….huhu…cubit pipi dia kang

  8. perempuan_rahsia Says:

    budak2 memang kreatif kan..muahahha… 😀

  9. nieys Says:

    mersik >>
    Pokcik, ayah saya memang tak boleh kalau tak ada benda ni.. selalu juga benda ni hilang bila budak-budak ni balik kampung..

    najmy >>
    cubit je.. dia ni memang tak suka orang pegang dia.. senyap2 dia sorang je buat keje.. haha.. 😀

    perempuan_rahsia >>
    tu la.. 😀

  10. ayaq masak Says:

    ayaq slalu heran pasepa la depa dok sangkut sudu ngan garpu besaq tuh…ada guna ka. Haha.

  11. nieys Says:

    ayaq masak >>
    yang gantung garpu besar kat dinding tu rasanya memang sekadar hiasan je kot.. haha.. sebab benda ni kecik je.. tapi lebih besar la daripada garpu biasa.. 😀

  12. pemerhati Says:

    haha..nenek sye selalu guna penggaru tu untuk menggaru belakang


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: