Perasaan

image558.jpgAssalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Rasanya ramai yang sedia maklum bahawa saya seorang penulis bebas. (Ya, penulis kecil-kecilan sebenarnya..) Namun, ada suatu tabiat saya yang sukar dikikis, iaitu saya teramat malu jika orang melihat saya sedang melayarkan ilham. Atau dengan erti kata lain, membaca tulisan saya ketika saya sedang menaip di komputer. Bukan hanya itu sahaja, malah.. saya amat segan bila mereka membaca manuskrip saya yang sudah lengkap di hadapan saya.. walaupun suami saya sendiri. Sekalipun saya membenarkannya, barangkali perkara itu bukan berlaku di hadapan mata saya. Dan, sesudah membacanya saya masih boleh menerima sebarang komen.

Saya tak pasti.. mungkin benar ini petanda bahawa saya menghadapi masalah keyakinan diri. Saya cuba memperbaikinya jika ia dianggap satu kelemahan yang boleh diatasi. Dan saya tidak pasti sama ada masih ada insan yang berkongsi rasa seperti yang saya alami.

Suatu hari, kawan baik saya datang ke rumah ketika saya sedang berkarya. Dia menghampiri saya yang duduk bertentangan dengannya bersama laptop saya. Dan dengan pantas juga saya menutup laptop saya daripada menjadi sasaran bola matanya.

Secara spontan perempuan itu berkata pada saya, “Tulis apa tu? Tulis cerita lucah la tu…!!”

Hmm.. tak tau nak ketawa ataupun marah bila saya mendengar luahan spontannya. Oleh kerana saya memilih untuk gembira, saya pun ketawa dan adakalanya tersenyum sendiri pabila terkenangkan peristiwa itu.

Moral daripada cerita ini :

  • Perasaan itu kadang-kadang boleh jadi sebuah pilihan.

-Nieys Zahri-

Advertisements
Dikirim dalam dairi hidup. 14 Comments »

14 Respons to “Perasaan”

  1. hayad Says:

    btul2, saya pun segan bila org tu baca hsl karangan sy depan mata saya.

    klu dia baca sy tak nampak ..tu takpe πŸ˜€

  2. Abang Long Says:

    rasanya it normal, sebab itu kita perlu hormati HAK Peribadi seseorang, melainkan kita dipelawa.

  3. Am Says:

    Semua orang ada benda yang dia segan Nieys, ini rasanya tak ada kena mengena dengan keyakinan diri

  4. ayaq masak Says:

    Hahaha ayaq mmg tableh kalo orang tgk ayaq tgh menaip. Malu sehh.

  5. elvinado Says:

    Rasa nya perasaan malu tu sebab protective kot… copyright satu lepas tu takut komen2 yang dapat melemahkan semangat je

  6. nieys Says:

    hayad >>
    sama lah kita.. πŸ™‚

    Abang Long >>
    lega mendengarnya..

    Am >>
    terima kasih kerana penjelasan..

    ayaq masak >>
    ayaq pun sama arr macam akak..

    elvinado >>
    barangkali benar..

  7. bono201 Says:

    Macam abg long kata, it’s normal.Jangan malu dan segan semasa berkarya,barangkali nieys harus membiasakan diri dgn situasi begini,maklumlah ilham dan idea kita bukan datangnya boleh disekat2 even ada orang laen di depan mata kita,capai aje laptop tu…

    selamat berkarya nieys..sker baca penulisan mu

  8. nieys Says:

    bono201 >>
    terima kasih atas komen membina.. πŸ™‚

  9. fiq Says:

    hmm.hmm. itu kebiasaan. lama2 ok kot la tu. kan? kan? sama je.

  10. azriey Says:

    salam kak nieys,

    “Perasaan itu kadang-kadang boleh jadi sebuah pilihan.” -> saya setuju dan pilihlah perasaan yg dapat mengembirakan semua pihak walaupun kadang2 kita kurang bersetuju

  11. nieys Says:

    fiq >>
    insyaALLAH.. semoga saya terbiasa nanti.. sekarang ni pun dah kira OK la kalau orang baca blog saya depan saya.. dulu.. segan gak.. haha.. πŸ˜€

    azriey >>
    salam kembali. terima kasih kerana datang sini.. πŸ™‚

  12. kakLuna Says:

    oh,saya pun malu…wpun tgh taip ‘chatting’…kdg2 saya boleh hot kalau org x fhm2…trus sy shutdown je..hahahahahah

  13. nieys Says:

    Luna >>
    kadang2 saja je orang buat tak faham kan..?

  14. Boy George Says:

    Oh wait. Yes, I have. I’m sorry, but I just don’t have it in me right now to type it all out again. Besides, it was just ramblings anyway. You didn’t want to hear me go on and on about this, right?


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: