Sebak

image610.jpg

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Saya baru sahaja selesai mengemas rumah. Penatnya, Ya Tuhan.. Itulah kan, orang zaman sekarang.. kemas rumah pun penat. Sebenarnya saya memang selalu ‘exercise’ setiap kali mengemas rumah.

Hari Ahad ni kedua orang tua saya bersama adik-beradik saya akan berkunjung ke rumah. Tengah malam itu, kami akan menghantar kedua orang tua kami ke Kompleks di Kelana Jaya. Ya. Nak menunaikan haji. Sedihnya rasa.. Mak saya pulak, sewaktu kenduri doa selamat yang lalu tidak sudah-sudah menangis. Agaknya, orang yang nak pergi haji memang selalu mengalami keadaan macam ni, kan? Dan pastinya yang hendak menghantar tu pun terkena tempiasnya.

Ketika mengemas tadi pun saya dengar lagu Bonda, nyanyian M. Nasir. Nak meleleh juga air mata tapi saya cuba tahan. Sebab saya tahu, kalau saya menangis nanti mesti saya susah nak berhenti dan akhirnya saya akan kena migrain kerana terlalu banyak air mata yang tertumpah.

Tak dapat saya bayangkan bila hari Ahad ini tiba. Tentu sekali adik-adik saya akan menangis. Dan saya juga mungkin begitu. Dua hari lepas pun suami saya tanya, “tak sedih ke nak hantar mak ayah? Tak macam nak nangis pun..”

Sedih. Tentulah. Terasa lagi setiap kali ditanya. Tika ini pun, saya rasa seperti ingin menangis..

Seperti yang anda dapat teka. Gambar itu merupakan kebun pisang di kampung saya. Agaknya, sebulan lebih lagilah baru saya dapat kembali ke sana.

Mampukah saya memilih perasaan gembira jika sebak terus menujah ketabahan diri ini?

-Nieys Zahri-

Advertisements
Dikirim dalam dairi hidup. 16 Comments »

16 Respons to “Sebak”

  1. hayad Says:

    ermm, klu masa menghantar ibu bapa ke mekah pasti semua org bersedih2, sy pun tak tahu dan tak phm, mungkin sbb belum mengalaminya lg…

  2. nieys Says:

    hayad >>
    tu la.. sedih sbb rasanya macam jauh je dorang nak pergi.. dan lama gak nak dapat jumpa balik.. sbb sebelum ni pun, kalau tak jumpa blh gak nak ber SMS..

    tringat pak long penah cakap masa kenduri tu, “ye lah.. kita ni orang tua.. hati pendek..”

  3. kakLuna Says:

    sedih sbb pegi Mekah tu mcm buat ‘rehearsal’ di padang Masyar…tapi, x semestinya smua org pegi mcm nak meninggal..cuma rasa mcm x jumpa lagi…

  4. nieys Says:

    Luna >>
    betul tu.. sentimental tu je yang terasa.. kan..kan..

  5. azriey Says:

    salam kak nieys,

    kita harus gembira kerana kedua ibubapa kita dapat ketanah suci, bukan semua orang dapat peluang.
    Kesedihan adalah lumrah tapi kita harus gembira & bersyukur untuk mereka. Doa sahaja kesejahteraan mereka ditanah suci mekah.
    Berfikir positif sudah tentu akan mengembirakan.

  6. indah sakura Says:

    sy pun pernah alami situasi ni 2 tahun lps…menangis bagai nak rak..ye la kan..
    kite tak tau samada dpt jumpa mereka lg ke tidak. apepun..doakan saja mereka selamat segalanya..InsyaAllah..

  7. nieys Says:

    azriey >>
    terima kasih atas sokongan.. 🙂

    indah Sakura >>
    insyaALLAH. terima kasih sakura kerana berkongsi rasa.. 🙂

  8. ayaq masak Says:

    Huhu…next year maybe parents ayaq plak pi Mekah…waaaaaaa habehla sebulan aku takleh study. Huuuu. 😦

  9. nieys Says:

    ayaq masak >>
    mungkin ayaq akan rasai perkara yang sama.. tapi semenjak baca nasihat kawan-kawan kat sini rasa OK sikit.. 🙂

  10. Abang Long Says:

    n3 yang paling menarik minat abang long, dari kecil sampai sekarang, abang long pun tak berapa nak faham, atau mungkin takkan faham sampai bila-bila, kenapa orang nak menangis bila nak hantar para hujjaj, sedangkan para jemaah ada sebab musabab untuk menangis @ terharu, kerana akan menghadap KA’ABAH secara LIVE. Maaf sebab menongkah arus dalam hal ini, atau mungkin kita akan berpisah dalam tempoh yang lama … tapi tak lama lagi, Tabung Haji bercadang memendekkan tempoh sewaktu di Makkah …. yang pasti setiap kali menghantar saudara – mara ke Makkah, abang hanya duduk diam …. ohhh …adakah abang long seorang yang tiada perasaan atau keras hati ?

  11. perempuan_rahsia Says:

    tu la.. sebenarnya bukan sebab kita fikir dia nak pergi selamanya dari kita.. tapi keadaan tu datang sendiri.. saya pun pernah mengalaminya.. bila tengok orang lain heran kenapa mereka menangis.. tapi bila kena diri sendiri baru terasa.. sendiri

  12. nieys Says:

    Abang Long >>
    sebelum ini pun saya sentiasa hairan kenapa orang menangis.. mungkin sebak tu datang sendiri. bukannya tidak gembira. hati tetap rasa bersyukur kerana mereka berpeluang ke tanah suci pada kali ini setelah tertangguh tahun yang sudah.. tapi entah kenapa.. barangkali kerana terharu.. apa2 pun.. esok pasti menjelma…insyaALLAH.

    perempuan_rahsia >>
    terima kasih atas perkongsian.. 🙂

  13. alang bidara Says:

    Sdri Nieys,

    Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen di blog saya.

  14. nieys Says:

    alang bidara >>
    sama-sama. terima kasih juga kerana berkunjung ke sini.. 🙂

  15. bono201 Says:

    nieys…

    adatlah tu ,nak berpisah kan mestilah terasa sedih dan sebak,walaupun perpisahan yg hanya bersifat sementara….

    alhamdulillah,dah sampai seruan kaabah ye..

  16. nieys Says:

    bono >>
    ya.. alhamdulillah.. 🙂


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: