Nyanyian

Assalamualaikum dan Salam sejahtera,

Semalam saya paparkan lirik lagu Ebiet G Ade. Rupanya ramai juga yang sukakan lagu ni. Tambahan lagi bila digabungkan dengan drama dari iklan Petronas tu.

Ada satu lagu nyanyian Zubir Ali. Kalau tak silap saya, tajuknya “Balada si Anak Kecil”. Liriknya mengisahkan anak kecil yang terperangkap dalam pergolakan di Lubnan. Amat menyentuh perasaan. Pertama kali saya mendengarnya ketika promosi album di MHI TV3. Hairan, lagu-lagu seperti ini jarang sekali kedengaran di corong radio. Kalau ada pun.. barangkali di radio-radio yang jarang kita dengar.. sebab ada sekali tu saya terdengar di radio Sinar.FM ketika saya dalam perjalanan pulang ke Shah Alam.. Kiranya, hanya dua kali sahaja saya mendengarnya.

Tujuan saya tulis entri ini sebenarnya bukanlah hendak mengutuk sesiapa. Bukan juga hendak mengata media kita yang jarang-jarang memutarkan lagu-lagu yang ‘indah’ sebegini. Saya sebenarnya inginkan pendapat kawan-kawan. Kiranya kita dapat berkongsi lagu-lagu lain yang irama dan liriknya yang indah seperti ini.

Teringin hendak mencari MP3 lagu-lagu ini..

Dikirim dalam bait indah, TV, Umum. 6 Comments »

Nyanyian

AKU INGIN PULANG
(Ebiet G. Ade)

 

 

Ke manapun aku pergi
Bayang-bayangmu mengejar
Bersembunyi di manapun
S’lalu engkau temukan
Aku merasa letih dan ingin sendiri

Kutanya pada siapa
Tak ada yang menjawab
Sebab semua peristiwa
Hanya di rongga dada
Pergulatan yang panjang
dalam kesunyian

Aku mencari jawapan di laut
Kusadar langkah menyusuri pantai
Aku merasa mendengar suara
Menutupi jalan
Menghentikan petualangan

Du du du du du du

Ke manapun aku pergi
Selalu kubawa-bawa
Perasaan yang bersalah
datang menghantuiku
Masih mungkinkah
pintumu kubuka

Dengan kunci
yang pernah kupatahkan
Lihatlah aku terkapar dan luka
Dengarkanlah
jeritan dari dalam jiwa

Aku ingin pulang… u.. hu…
Aku harus pulang… u… hu…
Aku ingin pulang… u… hu…
Aku harus pulang… u… hu…

Aku harus pulang…

 

credit to :eyman hykal

Lagu yang cukup menyentuh perasaan. Sewaktu saya masih di alam remaja, saya hairan kenapa sahabat saya begitu menggemari penyanyi ini. Namun, kerana tidak mahu menyinggung perasaannya, saya tidak bertanya. Bila usia semakin dewasa, saya mengerti dan kini saya juga mula menyukai irama dan nyanyian yang sebegini.

Teringin untuk mendapatkan MP3 lagu ini.. 🙂

 

-Nieys Zahri-