Benih

image546.jpgimage545.jpg

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Benih yang baik, jatuh ke laut menjadi pulau -Orang yang mulia, di mana berada tetap mulia.

Benih yang baik, tak memilih tanah -Kalau baik, ke mana pergi, tetap baik.

 

Pokok cabai dan pokok limau nipis ini saya temui ketika waktu terawal saya melawat rumah baru kami. Biarpun tidak terjaga, ia tetap hidup dan membesar dengan sendirinya. Sebagaimana tumbuhnya juga tanpa terduga. Terima kasih kepada pekerja kontrak yang telah mencampakkan sisa makanan di merata-rata. Jika bukan pekerja kontrak, terima kasihlah kepada sesiapa yang terlibat.

Sumber: Kamus Peribahasa Kotemporari (Edisi Kedua), PTS.

-Nieys Zahri-

Advertisements

Harapan Pembaca

buku.JPG

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

——————————————–

Soalannya ialah, apa yang diingini oleh seseorang pembaca daripada karya-karya yang dibaca? Tentu bahan bacaan di sini ialah karya fiksyen. Bagi pendapat saya, jawapan yang simple ialah dengan bertanya diri kita sendiri soalan itu. Mengapa kita memilih sesebuah buku itu, tidak kira samada penulis itu terkenal ataupun tidak.

Kita membeli sesebuah karya kerana kita hendak baca cerita yang menarik hati berdasarkan tanggapan terhadap kulit depan buku dan juga sinopsis di belakangnya. Jika kita belum kenal dengan penulis itu, kita saja-saja hendak baca ceritanya dengan harapan cerita itu dapat menghiburkan. Sebaliknya jika kita sudah kenal dengan hasil karya seseorang penulis itu, kita tentu sudah punyai tanggapan bahawa buku yang dipilih sesedap buku-buku karyanya sebelum ini. Baca baki entri ini »