Surface

surface.jpg

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Semalam siri kesukaan saya, Surface disiarkan seperti biasa di TV3. Kalau kalian menontonnya pasti kalian akan tahu apa yang saya ngomelkan di sini.. 🙂 Siri ini clash dengan siri Invasion (8TV), jadi ia membuatkan saya terpaksa memilih antara dua. Genre fiksyen sains dan adventure. Kalau kalian sukakan genre sebegini pastinya ia suatu pilihan yang menarik buat kalian semua.. 🙂 Baca baki entri ini »

Advertisements
Dikirim dalam TV. 5 Comments »

Isnin di TV

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Semalam bagi saya cuma ada dua cerita sahaja yang menarik untuk ditonton. Sebenarnya saya berminat juga hendak mengikut Criminal Minds yang selalu main di 8TV namun, waktu siarannya clash dengan Dunia Baru. Jadi, tidaklah juga dapat saya mengikutinya. Baca baki entri ini »

Dikirim dalam TV. 19 Comments »

Hujung Minggu

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Ya. Ini entri yang kedua. Saya tidak akan ambil masa yang lama kerana saya lebih senang menulis entri-entri yang ringkas di waktu ini. Memandangkan blog ini membuatkan saya selesa untuk bercerita tentang banyak perkara, jadi kerana itulah blog saya kini bercerita dalam skop yang lebih luas. Tidak hanya kepada cerita-cerita tentang manuskrip semata-mata. Baca baki entri ini »

Dikirim dalam TV. 11 Comments »

Aksesori

john_cena.JPG

Jika dahulu rantai CD. Kini rantai apa ya? Begitu mudah mendapatkan aksesori sebegini. Begitu praktikal. Boleh digunakan untuk mengunci pintu pagar ataupun sekadar senjata mempertahankan diri daripada dikejar seekor anjing liar. Muahahah… 😀

Peminat John Cena, jangan marah.. Dia tetap seorang pelakon versatile yang pandai dalam pengucapan awam walaupun sekadar menggayakan aksesori yang ringkas.

-Nieys Zahri-

Dikirim dalam TV, Umum. 7 Comments »

Nyanyian

Assalamualaikum dan Salam sejahtera,

Semalam saya paparkan lirik lagu Ebiet G Ade. Rupanya ramai juga yang sukakan lagu ni. Tambahan lagi bila digabungkan dengan drama dari iklan Petronas tu.

Ada satu lagu nyanyian Zubir Ali. Kalau tak silap saya, tajuknya “Balada si Anak Kecil”. Liriknya mengisahkan anak kecil yang terperangkap dalam pergolakan di Lubnan. Amat menyentuh perasaan. Pertama kali saya mendengarnya ketika promosi album di MHI TV3. Hairan, lagu-lagu seperti ini jarang sekali kedengaran di corong radio. Kalau ada pun.. barangkali di radio-radio yang jarang kita dengar.. sebab ada sekali tu saya terdengar di radio Sinar.FM ketika saya dalam perjalanan pulang ke Shah Alam.. Kiranya, hanya dua kali sahaja saya mendengarnya.

Tujuan saya tulis entri ini sebenarnya bukanlah hendak mengutuk sesiapa. Bukan juga hendak mengata media kita yang jarang-jarang memutarkan lagu-lagu yang ‘indah’ sebegini. Saya sebenarnya inginkan pendapat kawan-kawan. Kiranya kita dapat berkongsi lagu-lagu lain yang irama dan liriknya yang indah seperti ini.

Teringin hendak mencari MP3 lagu-lagu ini..

Dikirim dalam bait indah, TV, Umum. 6 Comments »