Pindah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Apa khabar semuanya? Saya minta maaf kerana tidak membalas beberapa komen yang ada di dalam laman ini. InsyaALLAH. Sebentar lagi, saya akan balas dan saya akan mengunjungi pula weblog-weblog kalian yang tidak saya lawati sejak akhir-akhir ini.

Ya! Sebagaimana tajuk dalam entri ini, saya ingin memberitahu bahawa saya sudah berpindah ke laman yang baru. Buat kesekian kalinya! InsyaALLAH, perpindahan ini buat kali terakhir. Ini adalah kerana saya sudah membeli domain sendiri pada kali ini. Laman tersebut adalah : http://www.nieyszahri.com/

Diharap kalian sudi untuk mengunjungi laman tersebut dan semoga persahabatan kita akan terus erat seperti sedia ada!

Terima kasih.

-Nieys Zahri-

Dikirim dalam Umum. 4 Comments »

Sebulan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Syukur. Rupanya sudah sebulan saya berpindah ke weblog ini daripada weblog yang lama. Harap tidak ada hati yang mendongkol membaca entri terbaru ini. Hehe.. 😀

-Nieys Zahri-

Lagu

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Malam ni saya berjaga. Rasanya memang tak akan tidur sampai ke Subuh ni.. Kalau tidur waktu ni alamatnya jadi ‘Subuh Gajah’ la gamaknya. YM sekejap dengan kenalan baik saya di UK. Minta dia cari MP3 lagi. Hehe.. 😀 Dia ni memang macam guru saya dalam bidang download ni. Apa pun.. terima kasih pada u4me. Saya kenal dia dalam satu forum ni. Muda lagi budak ni. Masa musim bola dululah kami selalu berdiskusi pasal World Cup. Sampai sekarang ni kira kamceng lagi kat dalam alam maya ni. Haha.. Panjang pulak cerita pasal dia. Baca baki entri ini »

Teksi

 

teksi.jpg

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

“Eh! Mahalnya harga tambang ni!”

Selalu juga kita mengeluh sebab merasakan tambang teksi yang terlalu mahal. Kita selalu salahkan harga petrol yang tinggi. Kita tahu, Pemandu Teksi mencari rezeki dalam bidang pengangkutan dan kita faham mereka terpaksa buat begitu. Namun, kadang-kadang kita geram juga sebab kita tahu, Pemandu Teksi bayar tol tidaklah sebanyak yang kita pemandu biasa ni kena bayar.. Baca baki entri ini »

Di sini

image535.jpgAssalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Saya mencoretkan entri kali ini bukan kerana ingin menunjuk-nunjuk. Jauh sekali untuk mempromosikan ‘wordpress.com’. Sekadar berkongsi maklumat yang tidaklah penting sangat sebenarnya.

Masa di weblog yang lama dulu memang seronok sebab saya boleh masukkan pelbagai kod HTML dari laman lain. Weblog ni memang tak boleh. Arakian, saya gunakan sepenuhnya apa sahaja kemudahan yang diberikan oleh weblog ini.. 🙂 Baca baki entri ini »

Dikirim dalam Umum. 18 Comments »

Aksesori

john_cena.JPG

Jika dahulu rantai CD. Kini rantai apa ya? Begitu mudah mendapatkan aksesori sebegini. Begitu praktikal. Boleh digunakan untuk mengunci pintu pagar ataupun sekadar senjata mempertahankan diri daripada dikejar seekor anjing liar. Muahahah… 😀

Peminat John Cena, jangan marah.. Dia tetap seorang pelakon versatile yang pandai dalam pengucapan awam walaupun sekadar menggayakan aksesori yang ringkas.

-Nieys Zahri-

Dikirim dalam TV, Umum. 7 Comments »

Aksesori

telex_100cd.jpgAssalamualaikum dan Salam Sejahtera.

BOSANKAN asyik bercerita tentang ‘poyo’? Sampai sekarang masih lagi kita kabur tentang maksud poyo itu. Baiklah. Minggu belajar bahasa terhenti seketika. Nanti orang naik muak pula.

Bila tengok gambar CD di sebelah, selalunya kita akan teringat tentang CD cetak rompak. Isu yang tak pernah habis bila diperdebatkan. Dan selalu juga dijadikan alasan kenapa album sesetengah artis tak laku di pasaran. Hairan juga.. tidakkah artis itu sendiri sedar yang taukeh CD cetak rompak tu pun tak teruja nak jual CD ciplak mereka. Maklumlah, artis di Malaysia ni bukan semua suaranya tak merdu.. Baca baki entri ini »