Lagu

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Malam ni saya berjaga. Rasanya memang tak akan tidur sampai ke Subuh ni.. Kalau tidur waktu ni alamatnya jadi ‘Subuh Gajah’ la gamaknya. YM sekejap dengan kenalan baik saya di UK. Minta dia cari MP3 lagi. Hehe.. 😀 Dia ni memang macam guru saya dalam bidang download ni. Apa pun.. terima kasih pada u4me. Saya kenal dia dalam satu forum ni. Muda lagi budak ni. Masa musim bola dululah kami selalu berdiskusi pasal World Cup. Sampai sekarang ni kira kamceng lagi kat dalam alam maya ni. Haha.. Panjang pulak cerita pasal dia. Baca baki entri ini »

Advertisements

Dealova

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

DIANGKAT daripada novel yang ditulis remaja berusia 13 tahun, Dyan Nuranindya, Dealova menyatukan tiga nama baru dalam industri perfileman Indonesia iaitu Jessica Iskandar, Benjamin Joshua dan Evan Sanders. Baca baki entri ini »

Dikirim dalam filem. 13 Comments »

Teksi

 

teksi.jpg

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

“Eh! Mahalnya harga tambang ni!”

Selalu juga kita mengeluh sebab merasakan tambang teksi yang terlalu mahal. Kita selalu salahkan harga petrol yang tinggi. Kita tahu, Pemandu Teksi mencari rezeki dalam bidang pengangkutan dan kita faham mereka terpaksa buat begitu. Namun, kadang-kadang kita geram juga sebab kita tahu, Pemandu Teksi bayar tol tidaklah sebanyak yang kita pemandu biasa ni kena bayar.. Baca baki entri ini »

Di sini

image535.jpgAssalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Saya mencoretkan entri kali ini bukan kerana ingin menunjuk-nunjuk. Jauh sekali untuk mempromosikan ‘wordpress.com’. Sekadar berkongsi maklumat yang tidaklah penting sangat sebenarnya.

Masa di weblog yang lama dulu memang seronok sebab saya boleh masukkan pelbagai kod HTML dari laman lain. Weblog ni memang tak boleh. Arakian, saya gunakan sepenuhnya apa sahaja kemudahan yang diberikan oleh weblog ini.. 🙂 Baca baki entri ini »

Dikirim dalam Umum. 18 Comments »

Selesai

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Alhamdulillah, akhirnya siap juga manuskrip saya yang dah berbulan-bulan membeku dalam PC. Sekarang cuma tinggal nak disemak sekali lagi. Betulkan, buang dan tambahkan apa yang patut. Memang lega sangat meskipun belum 100% kerja saya selesai. Inilah salah satu azam saya sepanjang tahun ni dan insyaALLAH, ianya bakal terlaksana. Baca baki entri ini »

Dikirim dalam dairi hidup. 19 Comments »

Surface

surface.jpg

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Semalam siri kesukaan saya, Surface disiarkan seperti biasa di TV3. Kalau kalian menontonnya pasti kalian akan tahu apa yang saya ngomelkan di sini.. 🙂 Siri ini clash dengan siri Invasion (8TV), jadi ia membuatkan saya terpaksa memilih antara dua. Genre fiksyen sains dan adventure. Kalau kalian sukakan genre sebegini pastinya ia suatu pilihan yang menarik buat kalian semua.. 🙂 Baca baki entri ini »

Dikirim dalam TV. 5 Comments »

Malang

waienangis.jpg Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Semalam saya menonton TV lagi.. namun serasanya saya tidak ingin mengulas tentang apa-apa berkenaan TV. InsyaALLAH, esok akan tersiar komen saya tentang rancangan kesukaan saya malam ini; Surface yang kini hangat di saluran TV3.

Beberapa hari ini bagaikan ada yang tidak kena dengan perjalanan hidup saya. Sebenarnya isu tidak terlalu besar. Tapi.. benar sama sekali, saya tidak menulis diari. Bagi saya, mungkin sesetengah cerita yang biasa saya tulis di dalam dairi akan saya luahkan di sini. Kisah yang tidak terlalu peribadi. Barangkali, yang terlalu peribadi seeloknya disimpan buat diri sendiri sahaja. Baca baki entri ini »

Dikirim dalam dairi hidup. 13 Comments »