Pindah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Apa khabar semuanya? Saya minta maaf kerana tidak membalas beberapa komen yang ada di dalam laman ini. InsyaALLAH. Sebentar lagi, saya akan balas dan saya akan mengunjungi pula weblog-weblog kalian yang tidak saya lawati sejak akhir-akhir ini.

Ya! Sebagaimana tajuk dalam entri ini, saya ingin memberitahu bahawa saya sudah berpindah ke laman yang baru. Buat kesekian kalinya! InsyaALLAH, perpindahan ini buat kali terakhir. Ini adalah kerana saya sudah membeli domain sendiri pada kali ini. Laman tersebut adalah : http://www.nieyszahri.com/

Diharap kalian sudi untuk mengunjungi laman tersebut dan semoga persahabatan kita akan terus erat seperti sedia ada!

Terima kasih.

-Nieys Zahri-

Dikirim dalam Umum. 4 Comments »

Tersentuh

image674edit.JPGAssalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Pertama sekali, saya memohon maaf andai entri saya sejak kebelakangan ini kelihatannya sedikit sentimental. Ya, perasaan itu hadir sendiri. Saya cuba mengelaknya sedaya yang mungkin. Dan hakikatnya, meluahkan perasaan di blog bersama insan lain yang sudi berkongsi mata dan hati untuk membacanya amat menyenangkan.. Baca baki entri ini »

Dikirim dalam dairi hidup. 15 Comments »

Sebak

image610.jpg

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Saya baru sahaja selesai mengemas rumah. Penatnya, Ya Tuhan.. Itulah kan, orang zaman sekarang.. kemas rumah pun penat. Sebenarnya saya memang selalu ‘exercise’ setiap kali mengemas rumah. Baca baki entri ini »

Dikirim dalam dairi hidup. 16 Comments »

Sebulan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Syukur. Rupanya sudah sebulan saya berpindah ke weblog ini daripada weblog yang lama. Harap tidak ada hati yang mendongkol membaca entri terbaru ini. Hehe.. 😀

-Nieys Zahri-

Perasaan

image558.jpgAssalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Rasanya ramai yang sedia maklum bahawa saya seorang penulis bebas. (Ya, penulis kecil-kecilan sebenarnya..) Namun, ada suatu tabiat saya yang sukar dikikis, iaitu saya teramat malu jika orang melihat saya sedang melayarkan ilham. Atau dengan erti kata lain, membaca tulisan saya ketika saya sedang menaip di komputer. Bukan hanya itu sahaja, malah.. saya amat segan bila mereka membaca manuskrip saya yang sudah lengkap di hadapan saya.. walaupun suami saya sendiri. Sekalipun saya membenarkannya, barangkali perkara itu bukan berlaku di hadapan mata saya. Dan, sesudah membacanya saya masih boleh menerima sebarang komen. Baca baki entri ini »

Dikirim dalam dairi hidup. 14 Comments »

Penggaru

image661.jpgAssalamualaikum dan Salam Sejahtera

Saya memulakan entri pada hari ini dengan sebuah soalan. Adakah anda kenal dengan objek yang saya paparkan di sebelah ini? Jika anda kenal dengan ianya, tahniah saya ucapkan. Jika tidak pun.. jangan risau kerana objek ini boleh didapati di Giant dan tempat-tempat seumpamanya! Baca baki entri ini »

Dikirim dalam dairi hidup. 12 Comments »

Kepulangan

image655.jpg Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Terima Kasih kepada kawan-kawan yang mengunjungi weblog ini. Maaf kerana agak kelewatan membalas komen-komen kalian. Sebenarnya tidak terlalu lama saya membiarkan weblog saya  sepi sendiri namun bagi ‘penulis blog yang tegar’ seperti saya, sudah pastinya tempoh berdiam diri selama tiga hari itu agak panjang.

Saya baru sahaja kembali ke Shah Alam malam ini. Saya pulang ke kampung untuk kenduri doa selamat di rumah keluarga saya dan benar sama sekali, gambar yang dipaparkan ini adalah perjalanan merentasi Lebuhraya Pantai Timur yang damai di saat matahari hampir beradu.

Kawasan amat berkabus ketika kereta merentasi kawasan Genting Sempah. Sebetulnya jarang sekali kami melalui Lebuhraya ini ketika malam berlabuh. Alhamdulillah, selamat semuanya..

Itu sahaja buat masa ini. InsyaALLAH, esok saya akan kembali.

-Nieys Zahri-

Dikirim dalam dairi hidup. 14 Comments »

Lagu

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Malam ni saya berjaga. Rasanya memang tak akan tidur sampai ke Subuh ni.. Kalau tidur waktu ni alamatnya jadi ‘Subuh Gajah’ la gamaknya. YM sekejap dengan kenalan baik saya di UK. Minta dia cari MP3 lagi. Hehe.. 😀 Dia ni memang macam guru saya dalam bidang download ni. Apa pun.. terima kasih pada u4me. Saya kenal dia dalam satu forum ni. Muda lagi budak ni. Masa musim bola dululah kami selalu berdiskusi pasal World Cup. Sampai sekarang ni kira kamceng lagi kat dalam alam maya ni. Haha.. Panjang pulak cerita pasal dia. Baca baki entri ini »

Dealova

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

DIANGKAT daripada novel yang ditulis remaja berusia 13 tahun, Dyan Nuranindya, Dealova menyatukan tiga nama baru dalam industri perfileman Indonesia iaitu Jessica Iskandar, Benjamin Joshua dan Evan Sanders. Baca baki entri ini »

Dikirim dalam filem. 13 Comments »

Teksi

 

teksi.jpg

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

“Eh! Mahalnya harga tambang ni!”

Selalu juga kita mengeluh sebab merasakan tambang teksi yang terlalu mahal. Kita selalu salahkan harga petrol yang tinggi. Kita tahu, Pemandu Teksi mencari rezeki dalam bidang pengangkutan dan kita faham mereka terpaksa buat begitu. Namun, kadang-kadang kita geram juga sebab kita tahu, Pemandu Teksi bayar tol tidaklah sebanyak yang kita pemandu biasa ni kena bayar.. Baca baki entri ini »