Teksi

 

teksi.jpg

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

“Eh! Mahalnya harga tambang ni!”

Selalu juga kita mengeluh sebab merasakan tambang teksi yang terlalu mahal. Kita selalu salahkan harga petrol yang tinggi. Kita tahu, Pemandu Teksi mencari rezeki dalam bidang pengangkutan dan kita faham mereka terpaksa buat begitu. Namun, kadang-kadang kita geram juga sebab kita tahu, Pemandu Teksi bayar tol tidaklah sebanyak yang kita pemandu biasa ni kena bayar..

Petang itu, suami saya ke bengkel untuk membaiki kereta. Lama betul.. dari lepas Zohor sampai nak masuk Maghrib, dia masih belum pulang lagi. Dalam menunggu tu, dia kirimkan SMS pada saya. Katanya, dia lambat pulang.. ada projek kereta sikit!

Ya, lah.. saya tahu memang ada projek kereta.. kalau dah pergi bengkel tu maknanya adalah benda yang nak kena tukar! Bila saya tanya lagi, dia hanya menjawab dengan ‘rahsia.. hehe..’

Saya teruja juga nak tengok apa yang jadi ‘biarlah rahsia’ tu. Namun, hati saya seakan berbisik bahawa saya semacam tahu sahaja..

“Wah! Bestnya.. selesa betul!” Itu antara kata-kata pertama saya yang boleh ditafsirkan di sini.

Rupanya, suami saya dah tukar seat baru! Begitu juga dengan beberapa perkakasan di dalam kereta yang boleh nampak dan rasa melalui pemanduan. Tiba-tiba pulak kereta saya yang buruk tu rasa macam baru beli! Muahahah… 😀

Dia pun beritahu saya, sewaktu di bengkel tadi ada seorang Pemandu Teksi yang datang menghampiri seraya menawarkan tukar beli seat dengan harga hanya RM200. Begitu juga dengan perkakasan lain yang semuanya sudah buruk di dalam kereta yang hampir mencecah 9 tahun ini!

Patutlah lama benar dia ambil masa untuk pulang. Malam tu juga, baru saya tahu tentang Pemandu Teksi. Mereka perlu bayar deposit sebanyak RM3000 untuk dapatkan kereta yang mereka sewa. Setiap hari, mereka perlu bayar RM40-50 selama tiga tahun. Maknanya, dalam sebulan mereka perlu mengeluarkan sekurang-kurangnya RM1200 walaupun bukan setiap hari mereka bekerja.

Bila kereta mereka rosak sewaktu dalam tempoh tiga tahun itu, mereka perlu membaikinya dengan duit sendiri. Selepas kereta dipulangkan juga, duit deposit sebanyak RM3000 tu akan dikira hangus. Kerana itulah, Pemandu Teksi selalunya akan menukar beli barang-barang di dalam kereta yang mereka sewa.

Oh.. Barulah saya faham! Banyak juga rupanya yang perlu ditanggung oleh Pemandu Teksi. Patutlah kadang-kadang kita rasa mahal melampau tambang teksi ni!

Sebelum suami saya pulang tu, sempat juga Pemandu Teksi tu berpesan, “Kalau naik teksi.. tanya dulu berapa harga nak pergi ke sana. Kalau tunggu pakai meter, jawabnya memang ‘masak’lah kau..”

Hampir tiga tahun duduk berjiran dengan Pemandu Teksi pun, saya masih tidak tahu tentang hal ni! Maksud saya, tentang kos menjadi Pemandu Teksi!

Dan kini.. setiap kali menaiki kereta saya, pastinya saya akan merasa ‘aura-aura teksi’ yang bermain di segenap ruang yang bernafas dalam perut kereta!

 

-Nieys Zahri-

16 Respons to “Teksi”

  1. ayaq masak Says:

    Hoh kekadang naik teksi kedarah betul duit orang. Melampau okesss. Dari stesen bas Sg Nibong pi USM sampai RM15, padahal 10 minit pun tak sampai.

    DUlu penah naik teksi skali, dari Pacific Megamall to matriks, RM20. Ok lagi. Tapi pakcik tu bukak air-cond, terus naik singgit. Kitorang pat orang macam “aaaaah takyah ekon, bukak tingkap!” Hahaha hampagas betul la..bukak ekon naik singgit. Hoh.

  2. Mr. Photogenic Says:

    Pixie balik dari UiTM melaka ke rumah, naik bus (bus pun dah mahal kat kawasan kampung sekarang)

    Naik teksi plak dari pekan berhampiran ke rumah..Pastu tambangnya kena ikut orang yang dalam teksi tu yang nak pergi ke destinasi paling jauh! Melampau…huhu

  3. nieys Says:

    ayaq masak >>
    bukak air-con naik singgit? nasib baik dia tak cakap, “kalau bukak radio tambah lagi singgit..”
    hehehe… 😀

    Pixie >>
    hish.. ada plak macam tu erk.. patutnya ikut destinasi kita la.. ni mesti stail macam ‘prebet sapu’.. tapi prebet sapu pun.. tambang dia dah tetap dah.. satu kete.. kalau katakan nak pergi pekan satu kete RM15 dan dalam tu ada empat orang yang tak berkenaan pun, tetap kena bahagia empat kepala..

  4. nagacute Says:

    dulu masa study kalo dr kolej ke mines, atau dr mines nk balik kolej, mst akn tgu 1 pakcik teksi ni… murah giler… siap banje milo ais lg kalo suh antar g KLIA.. gatai pon gatai la janji murah… selamat duit aku… hahaha

  5. Tiara Says:

    Nieys, hari tu masa naik teksi kan..tiara n beckham kena bayar duit tol..isk..adakah kami kena tipu ngan pemandu tu?? huwaaaaaaa

    • fami Says:

      pemendu tu x tipu pun,setiap laluan yg ad tol,,ia di tanggung oleh penumpang….kalo rase tertipu,,tngok meter dan tambahkan dgan tol,,,,kalo lebih melampau baru kena tipu

  6. kakLuna Says:

    tok wan saya pemandu teksi jugak,sbb tu saya tak penah komplen kalau saya kene amik teksi…mmg tak balik modal keje ni,sbb tu kdg2 terpaksa juga charge mahal2 sbb tatau bila lg akan dpt penumpang….kalau dia charge satu keta tu, jgn la marah2…fair la dgn perkhidmatannya, dia bawak kita mcm boss je kan.. (ini utk ayaq..muahahahaha)

  7. elvinado Says:

    Baru je lepas naik teksi. Tapi banyak2 taksi ni la time rase puas hati sebab pemandu tu baik giler. Die tak la charge mahal dari biasa. Dari UTM ke Senai Airport Cuma RM20. OKla tu. Kalau orang lain ntah cas berapa ntah.

  8. nieys Says:

    nagacute >>
    hehe.. pakcik tu ada mintak nombor telefon tak? 😀

    tiara >>
    tak penah plak kena bayar tol masa naik teksi.. rasa2nya macam kena tipu je..

    kakLuna >>
    biasanya memang akan charge satu kete kan..

    elvinado >>
    OK la kalau dari UTM ke Senai.. (sbb Nieys dulu pun ex-Utm gak.. hehe) eh, rupanya el ni budak UTM gak erk.. 🙂

  9. nagacute Says:

    kak nieys,

    saya yg mtk no hp pakcik tu sbb sng nk cal kalo nk gi memana… hahaha

    ayah ‘dia’ pn bwk teksi so no komen 🙂
    so dia dh bg mcm2 tips sebelum nk amik teksi

  10. nieys Says:

    mesti pakcik tu teruja je anak dara mintak nombor dia.. haha.. *gurau je.. elok la.. driver teksi ni kebanyakannya OK..

  11. shuk Says:

    tak semua driver teksi….jahat n baik haaaaa…ha….

  12. ibnu khaldun Says:

    memang teksi utm baik semua berbanding kat tempat lain, harga pun seragam…. mana nak pergi kita dah tau berapa tambang dia nak charge…tak le macam kat kl atau bandar jb.. walau driver tak pakai meter tapi saya tak kisah kerana maintanance kereta dah tinggi… syabas buat pemandu teksi utm skudai… bekas pelajar utm

  13. abang zack Says:

    Assalamualaikum…
    Saya adalah bekas pemandu teksi utm skudai.. tapisekarang dah kerja diutm.. jadi x sempat nak pandu teksi.. Saya rasa seluruh rakyat malaysia x tau perkara sebenar,kenapa 80% teksi bandaraya x pakai meter..
    Sebenarnya meter yang sediaada tu sememangnya tidak pernah diupgradekan sejak 7 tahun yang lepas lagi.. Yang pertama …mungkin kerajaan nak jaga hati rakyat supaya tidak beralih undi..Yang kedua, mereka yang terbabit x dapat apa apa habuan apa2 dari pemandu teksi pun jika naikkan harga!!! contohnya bas.. dah 3x naik sepanjang masa tu.. Company bus boleh ler bagi komesyen.. Nak harap syarikat teksi.. huhhhhhhhhh tau nak cekik darah je sewakan teksi.. Sewa teksi wira RM 50.00 sehari..
    Biasanya kalau kat utm tu kalau keje 10 jam baru dapat bayar sewa je..baik makan gaji 8 jam kerja dah tentu ada gaji 35.. Tak caya kan.. Biasa kat utm tu kalau nak ambil penumpang kat utm tu kena ikut turn..masuk no teksi kat papan hitam.. biasanya 1 jam ler nunggu.. kebanyakan pelajar gi jusjo tmn u.. Kalau pakai meter baru RM3.50 jer.. tapi kitaorang amik RM5.00.. itu pun rugi pasal sewa teksi pun dah kira rm5.00 sejam .. rugi gas dan maintainance..gaji langsung x dapat.. jadi caner nak buat .. kitaorang amik untung kalau ada trip jauh.. contohnya gi jb.. meter baru RM16.00, tapi saya amik RM25.00.. kat situ baru ada gaji.. heh heh.. zalim ker? Bukan nya selalu pun gi jb.. Lebih2 satu semester sekali.. tapi kalau jusco tu tiap2 minggu pergi.. jadi fair ler.. Orang teksi ni biasanya kat Bandar Baru Uda je pakai meter.. Memang zalim2 ler orang uda ni..Kedekut giler orang uda ni.. x semua ler tapi 80% macam tu.. maklum ler banyak yang keturunan singapura.. kan diorang ni dah terbiasa dengan LAW.. kat negara diorang boleh ler buka pintu pun dah 3 dolar.. tukar sini lebih kurang RM7.00.. itu pun x pandai kira.. oklah nasihat saya janganlah jadi orang yang zalim jangan kutuk semacam jer driver tu.. Mereka pun nak cari rezeki yang halal gak,, ok bye………

  14. uda Says:

    tak payah le bawah teksi kalau dah banyak hal lebih baik kerja kilang ke jadi jaga ke tentu tak nyusah orang….rezeki tentu halal…….amin

    • fami Says:

      kalo semua dh keje kilang,,jd jaga,,sape pulak yg nk anta budak2 utm blik dri sri putri tu,,,,,nk jalan kaki ke?????
      nk suh neik bas,,bas pun dh bnyak bangla n nepal yg naek,,,,,,lg x mau ank dara ni besenpit dgn diorang


Tinggalkan komen