Dealova

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

DIANGKAT daripada novel yang ditulis remaja berusia 13 tahun, Dyan Nuranindya, Dealova menyatukan tiga nama baru dalam industri perfileman Indonesia iaitu Jessica Iskandar, Benjamin Joshua dan Evan Sanders.

Dealova ditayangkan selama lima bulan dan filem yang menemui penonton di negara itu sejak September hingga Februari lalu mencatat antara garapan box office yang membanggakan Indonesia.

Penerbitnya, Heru Winanto, menaruh harapan Dealova akan mengulangi kejayaan itu biarpun ia terpaksa mengambil masa lama untuk menemui penonton di negara ini. Dealova akan ditayangkan kepada umum bermula hari ini, dibawa bersama Ulek Urai Production Sdn Bhd dengan kerjasama Aura Seri.“Populariti lagu Dealova nyanyian Once turut menjadi faktor penyumbang untuk membawa filem itu ke negara ini,” katanya.

 

-Tak tahu pulak cerita ni adaptasi Novel Remaja. Hmm.. best ke? Saya tak pernah tengok filem Indonesia di panggung wayang. Runut bunyi (Sound track) yang best tu saya layan juga.. 🙂
Seronoknya.. muda-muda lagi novel dah popular.. 🙂

Sumber : Berita Harian Online.

-Nieys Zahri-

Dikirim dalam filem. 13 Comments »

13 Respons to “Dealova”

  1. Baby-Ang3L ♥ Says:

    Novel budak 13 tahun? Ye ke? tak penah plak tengok movie dia.. tau lagu once je, sedap dengar pastu nama pun cam best terus amik jadik domain..

    Nieys, saye nak offer ni, nak ke host under dearlova. 😀 situ kang bleh la sis letak shoutbox hohoh

  2. nagacute Says:

    penah surf dulu so dah lama tau ceta ni dr adaptasi novel, dulu surf sbb nk tau maksud dealova… ingtkn nama watak dlm ceta tu tp bkn..kesimpulannya sy cuma wat kesimpulan dealova = dear lover

    baru2 ni terbaca dlm Bi-Pop BH, wartawawan tu pn wt kesimpulan sm ngn saya.. sbb dealova xde maksud.. hihi

    *musykil knp cetanya br nk ditayangkn sdgkn lagunya dh nk basi dh… hehehe

  3. ayaq masak Says:

    Hahaha. Aku umur tigeblas taun tulih karangan BM pun hancus, ni nak tulih novel. Hahaha.

  4. kakLuna Says:

    mungkin budak umo 13 tu..adik 13may kot?hahahah

  5. ita... Says:

    hi nieys…. ita nengok citer heart ari tu, asik nak nangesss jer……

  6. nieys Says:

    Baby-Ang3L >>
    tu la.. lagu Once tu memang best kan? tapi sekarang ni hampir nak basi dah.. hehe.. 😀

    Host.. hmm.. macam best.. best betul offer tu, tapi sekarang ni macam belum masanya nak beralih link lagi kot.. tunggu la kalau ada nak wat web lain ke nanti erk.. offer open sampai bila2 ke..? hehe.. 😀

    Nagacute >>
    tu la.. dulu pun pelik gak..ingatkan nama orang.. rupanya takde makna pun..lambat siarkan agaknya memang strategi pemasaran dorang camtu agaknya..

    ayaq masak >>
    agaknya budak ni berbakat sangat kot.. sampai boleh dibuat filem.. hehe.. 😀

    KakLuna >>
    ha.. boleh jadi.. kena tanya dia la ni.. 😛

    ita >>
    ye ke? sedih sangat ke citer tu.. tak tengok.. hmm.. tapi lagu dia, layannn.. 😀

  7. Mr. Photogenic Says:

    Dealova bukanker dah di jadikan VCD. Banyak filem indon yang dibuat VCD cam cinta silver, perempuan apa ntah…

  8. mazudi Says:

    Aku tunggu jer main kat astro.

  9. nieys Says:

    Pixie >>
    rasanya pun dah lama jumpa DVD dia.. tapi tak penah nak beli pun.. kalau dah jadi DVD agak2nya blh jual lagi ke kat panggung.. hmm..

    mazudi >>
    kalau aku ada ASTRO pun cam tu gak.. hehe.. 😀

  10. 13may Says:

    ehhh…bukan adik saya…tapi saya yg tulih masa umur 13 tahun dulu:p…huahuahuaaaaa…

  11. perempuan_rahsia Says:

    oh.. tak sangka rupanya 13may ada bakat dalam berkarya.. hehe.. 😀

  12. perempuan_rahsia Says:

    mintak sign otograp blh tak?! (13may)

  13. nieys Says:

    amboi.. tak sangka ya.. boleh kenalan dengan ‘penulis yang umur dia 13 tu..’ hehe.. dalam novel tu ada citer tak bakar sampah dalam umah? muahahahah.. 😀


Tinggalkan Jawapan kepada perempuan_rahsia Batal balasan

«

»