Isnin di TV

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Semalam bagi saya cuma ada dua cerita sahaja yang menarik untuk ditonton. Sebenarnya saya berminat juga hendak mengikut Criminal Minds yang selalu main di 8TV namun, waktu siarannya clash dengan Dunia Baru. Jadi, tidaklah juga dapat saya mengikutinya.

Barangkali ada yang kata, ‘eh.. dah tua-tua pun tengok cerita dunia baru jugak ke?!’ Muahah.. tua ke saya ni? Ya, mungkin saya agak dewasa untuk menonton cerita remaja tapi belum terlalu tua untuk hanya menonton drama P.Ramlee. Bahkan, filem P.Ramlee bukan hanya menjadi tontonan golongan dewasa sahaja; kanak-kanak pun suka menontonnya. Bagi saya, ada kalanya kita memerlukan cerita berat untuk berfikir dan cerita yang ringan untuk melepaskan tekanan.. ๐Ÿ™‚

Dunia Baru sudah masuk musim kedua. Saya tercari juga gambar untuk dimuatkan dan dalam pencarian itu terjumpa pula weblog Ryzal. Tidak cukup menarik untuk diceritakan dan jika dilihat dari segi watak dan fizikal rasanya Pierre Andre lebih menawan. Ya! Saya terkejut kerana baru tahu usianya 21 tahun. Oh.. fizikalnya terlalu dewasa untuk pemuda berusia 21 tahun. Muahaha.. ๐Ÿ˜€

  • Komen tentang episod semalam : Saya hairan adakah begitu wujud orang yang begitu alim yang boleh kelihatan sangat takbur tanpa disedari.

lost.jpgLost (Season 2) – Harapan saya supaya tidak ada spoiler di dalam komen-komen yang diberi! Ya. Seperti yang ditegaskan saya tidak melanggan ASTRO jadi saya baru sahaja mengikut episod ini di 8TV. Masih lagi ‘lost’… dan saya sebenarnya tidak sabar-sabar menunggu musim ini berakhir kerana saya ingin menonton Prison Break. Muahaha… ๐Ÿ˜€ Jika diberi pilihan antara dua tentu sahaja saya akan lebih tertarik memilih Prison Break!

  • Komen tentang episod semalam : Bagus juga Shannon dah dimatikan wataknya. Bagi saya, wataknya hanyalah sekadar ‘penyemak’ dan menyakitkan hati sahaja. Oh, saya masih kurang selesa dengan watak Dr Jack yang perasan bagus itu. Ana Lucia dengan paranoianya yang boleh memualkan. Rose yang berjumpa dengan suaminya; cukup menyentuh perasaan. Sawyer; watak yang selalu ‘tersiksa’ tetapi rasanya masih lagi akan bertahan lama. Begitu juga dengan Sayyid yang tentu sekali tidak akan mati begitu cepat kerana banyak berfungsi. Watak kesukaan saya sudah tentu sahaja Pakcik John Locke yang begitu misteri, berdikari dan tidak ‘macam bagus’ seperti Dr Jack.

-Nieys Zahri-

Dikirim dalam TV. 19 Comments »

19 Respons to “Isnin di TV”

  1. nieys Says:

    Belajar sesuatu dari sesuatu..

  2. kakLuna Says:

    nyampah tul lah tgk Ana Lucia tu smlm, kan kak Nieys?

    saya pun suka Criminal Minds,CSI (semua)& Lost kak Nieys..

    pastu kan kak Nieys, citer Las Vegas pun best tau ari khamis..

    kak Nieys layan Dunia Baru ke..smlm kan,tok saya terkuat kan volume masa tang org bagi salam (saya tatau sapa le), kami satu rumah yg dok kat dapur,bilik semua menjawab ‘waalaikumsalam…’..ingatkan org dtg umah..tgk2 citer kat Tv upanya..ceh…

    kak Nieys..ampun ye terperasan jadi ‘akak’ sblm ni ..

    sorry ye kak nieys,kak nieys,kak nieys
    (nak praktis supaya x tersasul)

  3. Mr. Photogenic Says:

    Alah..Prison break Pixie tak dapat tengok.. mereka kata best!

  4. nieys Says:

    ceh.. takyah le panggil aku akak.. muahaha.. kita ni sebaya je.. har har har.. cuma anak hang dah beso.. ๐Ÿ™‚

  5. nieys Says:

    Pixie, memang best.. tapi kat kedai skrg ni pun cuma jual set dvd takat 1st season je.. ๐Ÿ™‚

  6. wear Says:

    huhu..feberet gak upernyer.
    bes tgk kt mesia..sbb bnyk adegan ditapis.-tontonan umum…

    lost-x puas ati ngn Sayid.tgh dier solat..bleh kuar cmtu jer dr solat lps Jin pnggil…huu.unsur menghina islam??

  7. nieys Says:

    wear, ada erk part tu? tak perasan lak.. maybe masa tu nieys tak tengok or mmg takde kat malaysia part tu…

    sayyid tu kalau diikutkan mmg dah banyak terpesong pun.. diorang anggap sayyid tu macam agama lain gak.. lagipun sayyid tu bukan arab kan? sbb penah tengok dia berlakon citer hindustan..

  8. wear Says:

    kalo akak pkai stremyx..download jer kak citer tu smer…bleh tgk latest episod g..hehe..

  9. nieys Says:

    a’ah.. nak download kat mana erk? cam lambat je bila nak download.. tu yang maleh tu.. muahaha.. ๐Ÿ˜€

  10. ayaq masak Says:

    Wey tengok la one tree hill. Walaupun kat 8TV baru terkedek-kedek season 3 tapi ayaq dah tgk sampai nak habeh season 3 masuk season 4 plaks..hehehe hikmat donlod. =P

  11. 13may Says:

    oh! hari senayan merupakan hari yg saya paling suka tengok tv!

  12. retna Says:

    terlepas nak tgk ‘dunia baru’ musim baru pes episod aritu…

  13. Am Says:

    Am dah tengok lost itu di Astro jadi malas nak tengok lagi, nak Am cerita ker nieys hehehe

    Dunia baru tu episod baru? Am [pun tak perasan hehehe

  14. Baby-Ang3L โ™ฅ Says:

    huhu ari tu tak bleh nak tengok dunia baru sebab hubby tengok apek… tak tertengok la.. kalo rajen kang cari kat torrent je… lantak la org kata dah tua utk tengok dunia baru… hati ku tetap muda.. muhehe

  15. BP Says:

    Yeah… Prison Break memang cool….. !

  16. kakLuna Says:

    dah sebaya pulak…pening la aku nieys…takpe la..malam ni layan Popocorn n Wednesday.

  17. nieys Says:

    ayaq masak >>
    hehe.. OTH tak minat la dek.. tapi kalau adik datang umah, dia bukak citer tu layan gak la.. kenal la sikit2 watak dia.. ๐Ÿ™‚

    13may >>
    Sama lah kita.. ๐Ÿ™‚ begitu juga hari Khamis, Ahad, bla.. bla..

    retna >>
    takde aper sangat episod ni.. cuma dorang baru pindah umah sewa je.. dulu kan dok hostel..

    AM >>
    hish.. jangan le citer.. kan dah warning awal2.. hehe.. ๐Ÿ˜€

    Baby-Ang3L >>
    le.. angel ni dah tua ke.. ? muahaha.. ingatkan muda remaja lagi.. ๐Ÿ˜€

    BP >>
    Tak sabar2 nak tengok season kedua.. ๐Ÿ™‚

    kakLuna >>
    ko ni.. cuba le perati sikit tarikh lahir aku.. selak page lain yang kat atas tu erk.. ๐Ÿ˜€

  18. najmy Says:

    nak tgk dunia baru gaks….huuuuu

  19. nieys Says:

    najmy >>
    jom tengok… buat subtitle dalam bahasa jermen sekali utk makcik tu.. ๐Ÿ™‚


Tinggalkan komen